berita

Macam Ini ‘Azab’ Bila Dapat Housemate Pengotor

September 5th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Siapa tak sakit hati kalau tinggal dengan rakan serumah yang pengotor dan pemalas. Malahan, golongan sebegini tidak pernah merasa salah akan perbuatan mereka. Ada yang tidak pernah kisah soal kebersihan rumah.

Seperti yang gadis ini kongsikan keadaan rumahnya yang kotor dan bersepah. Apabila menegur, ini jawapan diterima. Sakit hati pula baca!

Terpijak pad berdarah

TERPIJAK PAD BERD * * *H? KENOT BRAIN
Haukkk lah kalau dapat housemate, roomate macam ni…zaman super canggih super moden ni ada lagi ke perempuan pengotor? kena tegur bebaik atlast kena marah balik.. sabar jelah… islam ajar kita jadi pembersih ye, sebab kotor tu amalan shaitoooooonnnnnnirajimmmm, astagfirullah. by the way ni kena kat adik aku,kalau jadi kat aku siap lah…

Beza pemalas dan pengotor

Gadis ini berkongsi video di ruangan Insta Stories miliknya sehingga mendapat respon empunya badan yakni rakan serumahnya. Dia memaki hamun gadis ini kerana menganggap post itu agak keterlaluan.

Kau ingat kau pembersih sangat ke?

Alia kau ingat kau pembersih sangat ke sampai nak story camni? Yelah kau lah paling pembersih sekali dalam rumah ni, kau lah paling wangi, kotor sikit dah bising padahal kawan kau jugak yang buat. Kiteorg ni penat kerja takde masa nak settle semua kerja dalam satu masa. Slow slow buat kerja jangan nak gelabah. Nanti kiteorg kemas lah, apa lah masalah kau ni..

Ni bukan kali pertama kau buat

Kalau bukan aku, siapa lagi nak buat? 1st 2nd 3rd time aku buat ikhlas siap boleh senyum je korang tengok aku basuh. Ni nak masuk kali keberapa entah sampai kering bibir seksi aku ni. Bila tegur pasal kebersihan pandai menjawab ‘nanti’ tapi 2-3 hari kat situ jugak sampai basi berkulat. Belum masuk tandas lagi, yang period tak reti bahasa nak basuh elok elok ei setan pun geli nak makan lah. Aku ni dah la takut lipas bukannya geli. Ingat tak penat mental ke bukak peti periuk semua ada lipas!!!

Sumber : Aisyah Azhar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×