berita

‘Macam-Macam Aku Dah Hadap Dalam Hidup Ini Kalau Cerita Tentang Negatif’ – Boy Iman

October 19th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, pelakon Boy Iman memberitahu dia pernah melalui pelbagai ujian hidup dan nasib sehingga kini.

Artikel Berkaitan: Nafi Scam Peniaga, Boy Iman Dedah Diri Hanya Makan Gaji – ‘Saya Bukan CEO Syarikat’

Artikel Berkaitan: ‘Kebenaran Akan Tiba Juga Apabila Sampai Masanya’ – Boy Iman

Artikel Berkaitan: Hampir 4 Tahun Pegang Gelaran ‘Dato’, Boy Iman Akur & Terima Keputusan Pihak Istana

Macam-macam aku hadap

Dituduh, dikecam, dihina, dibuka aib sebagai ‘scammer’, penipu, penjenayah, penjahat, kaki kencing dan macam-macamlah. Tidur macam-macam lokap pun aku pernah. Beraya dalam lokap pun aku dah rasa. Semua pasal perniagaan atau kerja.

Menurut Boy, secara zahirnya orang mungkin melihat dia kuat, gembira dan sentiasa dilimpahi wang. Namun, mereka tidak tahu apa yang berlaku disebaliknya.

Macam-macam aku dah hadap dalam hidup ini kalau cerita tentang negatif. Kawan menjauh, orang tak nak bagi projek, orang bisik-bisik mengata aku, komen bukan-bukan dekat media sosial.

Tak ada orang panggil berlakon, tak ada duit nak makan, nak bayar bil bagai, macam-macam lagilah aku dah rasa ‘kesan’ dia. Sedangkan hanya aku dan Allah serta beberapa orang saja yang tahu betul atau tak.

Keluarga aku pun sentiasa tahu aku betul atau tak, termasuklah ‘my’ cinta sejati.

Ujar Boy lagi, dia tidak pernah bercita-cita mahu jadi penipu atau perlu menipu untuk hidup sebab ‘jalan betul’ pun dirinya sudah berduit.

Malah sampai sekarang aku masih ‘setia’ dalam perjuangan aku sebagai usahawan sejati. Ini terbukti selepas aku terpalit dengan ‘skandal’ tahun 2017, nama aku, rekod aku ‘bersih’ sehinggalah tahun 2023 selepas enam tahun baru aku terpalit lagi sekali dengan ‘skandal’. Itu pun masih dalam proses perbicaraan mahkamah dan belum diputuskan aku bersalah.

Mentanglah aku artis senang sangat aku dicop, dilabel sebegitu rupa. Tak kisahlah pihak media, pihak berkuasa, pihak orang yang memfitnah aku, pihak netizen sehingga yang betul jadi salah, yang baik jadi jahat, yang bathil jadi hak. Aku jugak yang kena.

Ada kala aku sangat ‘down’, aku sangat lemah, aku sangat ‘stress’ tapi tidaklah sampai nak bunuh diri, nak jadi gila atau nak bunuh orang.

Tambah Boy, dia masih ada iman, otak, akal dan boleh membezakan perkara baik dan buruk.

Orang lagi senang bagi projek dekat aku dan yang paling penting Allah cuci dosa aku di dunia harapnya, menambahkan pahala aku untuk bekalan di akhirat apabila orang dok fitnah, kutuk, kecam, mengata aku. Aku juga mengharapkan Allah ganti semuanya di dunia dan di akhirat untuk setiap ujian yang Dia bagi.

Sekadar info, Boy kini berdepan pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, tiga bulan lalu.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×