berita

‘Macam Mana Buaya 800kg Boleh Sesat Dalam Longkang?’

November 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, kecoh beberapa foto di media sosial memaparkan sepasukan anggota bomba sedang mengangkat seekor buaya ‘gergasi’ di sebuah kawasan perumahan. Foto tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya terkejut melihat buaya yang seberat 800 kilogram itu.

Buaya 800 kilogram

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di Facebook Page Friends of Bomba Malaysia memperlihatkan beberapa orang anggota bomba sedang berusaha mengangkat seekor buaya tembaga dengan menggunakan Forklift sebelum dipindahkan ke dalam sebuah kenderaan khas.

Difahamkan, buaya yang seberat 800 kilogram itu ditemui tersesat di dalam sebuah parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang. Kehadiran reptilia itu telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan penduduk setempat. Mereka kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak bomba.

Buaya tembaga berusia 80 tahun

Berikutan daripada laporan yang diterima, anggota bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan misi menangkap reptilia tersebut. Menurut PPgB Clarence D Primus, Ketua BBP Limbang mengetuai operasi tersebut memaklumkan, buaya berkenaan berusia lebih kurang 80 tahun.

Menurut sumber, reptilia itu kemudian akan dihantar ke Tempat Penyimpanan Sementara Kubong.

‘Lama dia hidup’

Sumber: Friends of Bomba Malaysia

SKIP THIS AD ×