berita

Macam Mana Nak Uruskan Jenazah? Lelaki India Belajar Cara Urus Jenazah Pak Cik Mualaf

June 15th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Walaupun hukum pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah, namun penting bagi setiap umat Islam mempelajarinya dan boleh dipraktikkan ketika berlaku kematian ahli keluarga sendiri. Di Facebook Raqib, dia berkongsi satu kisah di mana seorang lelaki beragama Hindu datang mencarinya kerana buntu untuk menguruskan jenazah pak ciknya yang beragama Islam.

Tidak tahu nak uruskan

Jam 11.00 pagi (12 Jun 2020), saya dapat panggilan daripada sahabat lama saya sendiri dari zaman persekolahan iaitu Shankar Arumugam yang berbangsa India dan beragama Hindu (berbaju Merah di dalam gambar). Dia memaklumkan yang Pakciknya sudah meninggal dunia pagi tadi tetapi dia tidak tahu macam mana nak uruskan.

Saya pun terkejut, terfikir dan di dalam hati tertanya-tanya kenapa Shankar ni call aku tanya tentang uruskan jenazah india? Aku ni uruskan jenazah Muslim jer. Kemudian Shankar bagitau yang dia sedang berada di Balai Polis Kajang. Dan mintak tolong sangat-sangat macam mana nak uruskan mayat pakcik dia. Saya terus tanya pada Shankar, Pakcik kamu nie Islam ker? Sekarang saya tidak tahu macam mana mahu uruskan mayat pakcik saya. Saya sudah buat report polis, tapi polis suruh saya pergi Jabatan Agama. Betul ka? Kat mana Jabatan Agama.

Saya pun pelik dengan jawapan anggota polis yang memaklumkan suruh pergi Jabatan Agama. Mungkin polis tu suruh pi Pejabat Agama Daerah kot. Saya pun suruh dia pi pejabat agama bahagian dakwah untuk minta bantuan uruskan mayat. Sampai pejabat agama dia call saya mengatakan pejabat agama tutup, tak ada orang.

Menurut Raqib, pak cik Shankar sudah memeluk Islam sejak tiga tahun yang lalu dan sahabatnya itu baru mengetahui hal tersebut sebaik sahaja melihat kad pengenalan pak ciknya. Tambahnya, sahabatnya itu tidak tahu bagaimana hendak menguruskan jenazah kerana ini merupakan pengalaman pertamanya menguruskan jenazah yang beragama Islam.

Mengulas lebih lanjut, Raqib memberitahu bahawa dia cuba menerangkan satu persatu pada sahabatnya mengenai apa yang perlu dilakukan. Antara penerangan yang diberikan ialah Shankar perlu menghubungi Polis dan Ambulan untuk mengesahkan kematian di rumah. Selepas itu, dia perlu membuat pengesahan kematian dan membuat laporan di Balai Polis untuk mendapatkan permit pengkebumian. Jelasnya lagi, jenazah tidak boleh diuruskan selagi tidak dapat permit pengkebumian. Pada masa yang sama, sahabatnya itu perlu maklumkan pada pihak masjid yang berdekatan dengan rumah si mati.

Pengalaman berharga

Akhirnya saya teringat dan cari sahabat junior sekolah bernama Ariff Azizan. Kebetulan dia antara sukarelawan pengurusan jenazah daripada Amal Team. Saya mintak tolong padanya agar pertubuhan AmalTeam dapat bantu menguruskan jenazah india muslim ini sampai ke liang lahad. Yang amat saya kagumkan, rupanya Amal Team ini datang dengan lori. Nampak macam lori ais, tetapi sebenarnya di dalamnya adalah tempat mandi dan kafankan jenazah. Sungguh unik, cantik, menarik dan terbaik.

Selepas Asar, saya dapat panggilan dari Shankar mengatakan pengurusan jenazah Pakcik dia sudah selesai dan selamat dikebumikan. Alhamdulillah, semuanya Allah telah permudahkan. Selepas selesai semuanya, saya cuba hubungi Shankar untuk dapatkan kisah sebenar tentang pakciknya. Shankar juga menceritakan pengalaman berharga buat dirinya dengan melihat sendiri cara pengurusan jenazah orang Islam.

Selepas selesai semuanya, Shankar bercerita mengenai kisah sebenar tentang pakciknya. Shankar juga menceritakan pengalaman berharga buat dirinya apabila melihat sendiri cara pengurusan jenazah orang Islam. Pelbagai persoalan yang timbul dan diajukan kepada saya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana jenazah Islam dibuat begini dan begitu. Oleh kerana dengan sifat ingin tahunya tentang pengurusan jenazah Islam, saya cuba menerangkan satu persatu serta perbezaan pengurusan jenazah muslim dan non muslim di Malaysia.

Sumber: Raqib

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×