Ditemui ketika sidang media ‘Famili Duo’ baru-baru ini, penyanyi, Mas Idayu mengakui dia dan suami jarang berjumpa dan menghabiskan masa bersama gara-gara sibuk dengan tuntutan kerja.
Artikel berkaitan: Genap 2 Bulan Kahwin, Mas Idayu Terharu Suami Bagi Ucapan ‘Sweet’ – ‘Mummy Cinta Daddy Sangat-Sangat’
Artikel berkaitan: Suka Kongsi Hantaran Bentuk Ceramah, Mas Idayu Nafi Post ‘Broken’ Ada Kaitan Rumah Tangga Bergolak
Dua kali seminggu
Menurut Mas Idayu, mereka lebih banyak berkomunikasi melalui telefon.
Kami memang jarang berjumpa sebab sibuk bekerja. Kalau dapat balik pun mesti tak jumpa salah seorang. Jadi kami pastikan untuk berkomunikasi melalui telefon. Iyalah, seorang dekat Shah Alam, seorang lagi di Rawang. Nampak macam suami isteri tapi macam tak. Tapi kalau dah dapat habiskan masa bersama-sama atau baru berjumpa kami macam pasangan baru bercinta.
Ujar Sufian Isa pula, dia berjumpa dengan isteri dua kali dalam masa seminggu. Sebagai suami, Sufian berkata dia sangat memahami kerjaya isterinya sebagai seorang selebriti yang juga terlibat dengan pelbagai tugasan lain.
Bila sudah berkahwin ni, asalkan saya tahu saya ada isteri dan Mas tahu dia sudah bersuami masing-masing pandai jaga diri dan saya rasa itu tidak ada masalah. Tapi pada kami perasaan rindu itu tetap ada walaupun dalam seminggu kami dapat berjumpa dua kali sahaja. Alhamdulillah setakat ini kami masih bercinta dan harap terus menyayangi hingga akhir hayat.
Di akhir temubual, Mas Idayu dan Sufian memberitahu bahawa mereka tidak sabar untuk menunggu kedatangan bulan Ramadan. Ini kerana, pada waktu itulah banyak masa akan dihabiskan bersama termasuk melakukan ibadah bersama keluarga.