berita

‘Macam Perompak Kedai Emas’ – Fesyen Pelik Kaka Azraff Jadi Bahan Lawak Netizen

April 10th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral di media sosial foto Kaka Azraff menggayakan serkup rambut berwarna biru. Sesi fotografi sebuah majalah itu mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan gaya unik diperagakan penyanyi ‘Bukan Hal Aku’.

Terbaru, menerusi Harian Metro, Kaka menjawab memberi respon atas kritikan yang diterima. Baginya ini fesyen baru yang perlu dieksploitasi.

Saya suka meneroka benda baru

Foto yang dikongsi Kaka itu dipadam di Instagram miliknya selepas menerima pelbagai kritikan dari netize. Ada yang menyamakan fesyen Kaka seperti perompak.

Tak ada apa yang saya nak komen mengenai foto itu. Ia gambar ketika sesi fotografi majalah dan eksperimental fesyen. Apa boleh dikata, saya suka meneroka sesuatu yang baru dan mencuba. Apatah lagi, berkaitan fesyen.

Tiada had dalam fesyen

Menurut Kaka yang kini berada di New York, Amerika Syarikat (AS), dia tidak menduga foto berkenaan viral dan menarik perhatian ramai orang.

Jika foto itu tular, ia di luar kawalan saya. Namun, saya berharap janganlah membuat penilaian mudah. Saya juga tidak melihat diri sebagai mangsa eksploitasi fesyen menerusi foto itu. Ia kerana, tiada had dalam fesyen.

Tak kisah apa orang komen

Kaka yang juga anak saudara ‘Ratu Rock’ negara, Ella turut memaklumkan bahawa dia sekadar berkongsi dengan peminatnya sesi fotografi itu. Dia juga tidak kisah tentang pandangan orang lain terpulang terhadap fesyen yang digayakannya itu. Tambahan itu semua orang mempunyai pandangan sendiri untuk menerima fesyen digayakan secara positif atau sebaliknya.

Macam plastik sampah

Macam tenggiling

Fesyen tak cukup akal

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×