Kemelut yang melibatkan rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suami, Mohamed Fahmi Ilyas, nampak gayanya belum menemui jalan penyelesaian.
Artikel Berkaitan: Nynaa Harizal Kongsi Video ‘Happy’ Pergi Pusat Beli-Belah, Netizen Dah Bingung – ‘Tak Nampak Macam Kena Culik Pun’
Artikel Berkaitan: Nynaa Harizal Nafi Diculik Keluarga, Fail Permohonan Cerai Terhadap Suami
Letak tujuh syarat
Suami kepada Nynaa, Fahmi, 29, mendedahkan isterinya mengenakan tujuh syarat untuk bertemu bagi membincangkan urusan perceraian mereka.
Pada awalnya, Fahmi berasa gembira apabila mendengar suara isteri tercinta namun perasaan itu terus berubah setelah mendengar semua syarat yang diletakkan oleh pemilik nama Nurul Hanynaa Harizal, 25.
Memang benar dia ada hubungi saya pada 12 November lalu sekitar pukul 6 petang seperti yang dikatakan dalam kenyataannya semalam. 30 saat masa dia call, saya gembira dengar suara dia tapi selepas itu saya macam tak sedap hati.
Sebab dia beri tujuh syarat untuk berjumpa dengan bagi membincangkan masalah kami. Syarat pertama, nak jumpa di pejabat peguam di Johor Bahru, kedua… saya kena datang seorang diri. Manakala ketiga, saya tak boleh rakam perbualan.
Saya juga tak boleh bawa pemandu, tak boleh bawa bodyguard, tak boleh bawa keluarga dan media. Kata nak jumpa tapi kenapa banyak syarat?
Hubungan tak baik dengan ibu mentua
Dalam pada itu, Fahmi menyatakan dia dan keluarga Nynaa tidak mempunyai sebarang masalah sebelum mereka berkahwin.
Namun, akuinya, hubungan bersama ibu mentuanya mula bergolak selepas berkahwin dengan Nynaa. Bagaimanapun, Fahmi tidak dapat memastikan punca sebenar, tetapi ceritanya ada timbul beberapa isu antara mereka antaranya melibatkan kewangan.
Sebelum berkahwin, hubungan saya dengan keluarga dia memang sangat baik dan kami rapat. Tapi selepas kami bertunang, keluarga dia terutama ibu dia lain sikit dari segi layanan. Sejujurnya memang ada isu antara saya dan ibunya.
Ada beberapa isu dan salah satunya melibatkan kewangan. Tapi saya tak dapat mengesahkan isu itu menjadi punca sebab saya sendiri tak tahu apa sebenarnya masalah yang menyebabkan hubungan saya dengan keluarganya jadi begini.
Saya memang nak berjumpa dengan ibu dia tapi dia tak nak. Nynaa pun beberapa kali cuba untuk baikkan hubungan saya dengan ibu dia.
Pada 11 November, suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa Harizal didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.
Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.
Terbaru, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu memfailkan permohonan cerai kepada suaminya pada 10 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor.
Nynaa bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai punca perpisahan itu dan berharap agar suaminya terbuka hati untuk melepaskannya secara baik.
Untuk makluman, permohonan perceraian dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.