
Dalam meniti perjalanan rumah tangga, kecantikan seorang wanita sering dianggap sebagai mahkota yang perlu sentiasa dipelihara.
Artikel Berkaitan: Mak Cik Kemboja Diceraikan Suami Secara ‘Live’, 200 Mata Jadi Saksi – ‘Lima Kali Dia Tulis Lafaz’
Wajib jaga kecantikan
Menurut usahawan terkenal, Madam Mariyah, penampilan bukan sekadar untuk dipandang orang luar, sebaliknya menjadi lambang harga diri serta tanda penghargaan terhadap pasangan.
Madam Mariyah, 50, berkata, penampilan seorang isteri tidak seharusnya dipandang ringan kerana kecantikan adalah aset penting yang mampu mengukuhkan hubungan dalam rumah tangga.
Perempuan wajib jaga kecantikan kerana diri kita (wanita) berharga. Kalau ada suami anggap isteri tidak cantik atau tidak mahu pada isteri, lelaki lain akan pandang.
Walaupun duduk di rumah, kecantikan harus dijaga. Bangun tidur pun kena cantik, kalau tak cantik, jangan bangun tidur.
Madam Mariyah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama AURAMARIA yang berlangsung di Johor, pada Sabtu.
Cantik luar dalam
Kata ibu kepada tiga cahaya mata ini, selain kecantikan semula jadi, golongan isteri juga perlu berusaha menambah nilai diri dengan inisiatif lain seperti pengambilan makanan tambahan dan penggunaan produk kecantikan.
Atas sebab itu, Madam Mariyah menyarankan para isteri dan wanita di luar sana untuk mencuba rangkaian produk kecantikan AURAMARIA yang kini menampilkan Kopi Che’Lims, Set SirnaSari, Krim Putih Cerah serta Set Aura (Lotion & Soap).
Usahawan asal Johor itu turut merancang untuk melancarkan beberapa produk eksklusif pada masa akan datang termasuk AURAMARIA ‘Maintain Set’ dan pelbagai inovasi lain.
Dengan slogan ‘Impian Seorang Wanita’, Madam Mariyah yakin produk keluarannya mampu menjadi penyuntik keyakinan dan semangat buat para wanita, sebagaimana dirinya pernah lalui ketika berdepan cabaran hidup beberapa bulan lalu.
Kunci mulut isu cerai
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai status rumah tangganya yang menjadi bualan ramai, Madam Mariyah memberitahu kes perceraiannya kini masih dalam proses mahkamah.
Berkenaan status perceraian saya, buat masa sekarang saya tidak boleh ulas panjang. Status masih belum jelas kerana perlu tunggu proses seterusnya di mahkamah. Namun, perceraian sudah difailkan.
Dalam pada itu, dia juga enggan memberikan komen lanjut mengenai dakwaan kewujudan orang ketiga dalam rumah tangganya.
Soal isu penyondol saya tidak boleh bercakap lebih. Bagi saya, perkara itu sangat sensitif. Jadi, saya tidak akan ulas lanjut.
Biarpun diuji dengan pelbagai dugaan, usahawan itu tetap menegaskan dirinya tidak pernah patah semangat. Malah, doa ibunda tercinta menjadi sumber kekuatan untuk terus bangkit.
Setiap kali saya diuji, saya akan bangkit. Doa ibu saya membuatkan saya terus kuat. Kejayaan dan kekuatan yang ada pada hari ini pun adalah berkat doa ibu saya.
Bercerita mengenai harapan, Madam Mariyah berharap bisnes yang diusahakan terus berkembang ke seluruh negara dan produknya mendapat tempat di hati ramai orang.
Harapan saya adalah supaya AURAMARIA terus berkembang maju dan dikenali di seluruh Malaysia. Madam mahu setiap wanita Malaysia menjadi pengguna produk AURAMARIA dan tampil lebih cantik serta yakin dengan diri mereka.
Saya juga berharap agar diri ini sentiasa dapat menjadi lebih baik, supaya terus memberi inspirasi kepada lebih ramai orang di luar sana.
Saya akan bekerja keras untuk mencapai impian peribadi sebelum umur 55 tahun, impian yang hanya saya sendiri tahu.
Bagi saya, AURAMARIA bukan sekadar produk, tetapi sebuah perjalanan untuk membantu wanita merasai kecantikan, keyakinan dan kebahagiaan dalam hidup mereka.