Usahawan dan pempengaruh media sosial, Mariyah Yaacob atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Kemboja menyorot perhatian apabila mengesahkan perkahwinannya yang telah terbina lebih 15 tahun berakhir selepas diceraikan suami.

Artikel Berkaitan: Mak Cik Kemboja Anggap Ujian Yang Menimpa Tanda Allah Sayang – ‘Ramai Doakan Saya’

Artikel Berkaitan: Kecoh Kontroversi Gelar Melayu Malas, Timbul Pula Dakwaan Mak Cik Kemboja Culas Bayar Hutang

200 mata jadi saksi

@mariyahholdings

bukan pengakhiran yang Madam impikan, tapi mungkin inilah permulaan baru yang Allah dah atur. doakan Madam terus kuat demi anak-anak dan masa depan ❤️ #fyp #foryoupagе #madammariyah #madamemariyah #mariyahholdings #makcikkemboja #makcikkembojaviral

♬ suara asli – Vibes lyrics only🥀 – Vibes lyrics only🥀

Menerusi perkongsian di TikTok, Mariyah memaklumkan bahawa kejadian yang sangat mengejutkan itu berlaku sewaktu dirinya melakukan sesi siaran langsung yang turut disaksikan lebih 200 penonton.

Aku, Madam Mariyah atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Kemboja diceraikan menerusi sesi siaran langsung oleh Mr. S (suami) bersaksikan lebih 200 mata yang memandang.

Mr. S tulis di ruangan komen, ‘Dengan lafaz Bismillah, Mariyah Yaacob aku ceraikan kau’. Sebanyak lima kali Mr. S tulis.

Terima kasih Mr. S atau lafaz cerai yang kau lafazkan pada 7 Ogos (Khamis).

Ternyata, kau adalah seorang suami yang tak ada iman. Aku memang tak sempurna sebagai isteri kau tetapi kau lebih tidak layak nak jadi suami aku.

Dalam perkongsian yang sama, Mariyah mendakwa kehadiran orang ketiga menjadi punca kepada keruntuhan rumah tangganya bersama bekas suami.

Mariyah turut memuat naik satu video memaparkan dirinya yang bersemuka dengan bekas suami dan orang ketiga di tempat awam.

Berakhirlah sudah sebuah kisah yang lebih 15 dibina.

Kisah yang akhirnya runtuh bukan kerana tiada cinta tetapi kerana hadirnya orang ketiga yang tak tahu erti hormat.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata semangat dan mendoakan agar Mariyah terus tabah menghadapi dugaan tersebut.

Sumber: TikTok