Usahawan dan pempengaruh terkenal, Madammu, mendedahkan dia telah mengupah dua pembantu bagi menjaga anak bongsunya, Ahmad Kayden.
Artikel Berkaitan: Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Dah Buat Hibah Harta, Netizen Puji Sebab Tak Pilih Kasih Dengan Anak Tiri
Tersedak susu
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri mengakui sangat takut dengan insiden tersedak susu.
Dari hari pertama Kayden lahir, benda yang paling saya takut adalah tersedak susu.
Sampaikan sanggup bayar dua orang CL jaga Kayden. Sorang malam sorang siang.
CL malam akan berjaga untuk pastikan Kayden dalam keadaan baik.
Walaupun menerima pelbagai kritikan, usahawan berusia 35 tahun itu sanggup berkoran apa jua demi keselamatan anak-anak.
Pengorbanan ibu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman menjaga anak sehingga tidak lena tidur pada waktu malam. Selain itu, warganet turut memuji usaha Madammu dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.
Sumber: TikTok @madammmmu