berita

Magiknya Bila Bos Suruh Team OHBULAN! Ber’shopping’. Eh, Biar Betul?

December 21st, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

shooping

Apa perasaan korang bila tiba-tiba gaji dapat lebih daripada yang seharusnya korang dapat setiap bulan. Bukan lebih sikit-sikit, tapi lebih beribu weyh. Dalam hati berkata ‘Eh, dah bonus ke? increement ke?”. Nak tanya Encik Bos segan, tunggu je dia masuk.

Tepat jam 2.00 petang, Encik Bos pun masuk (jangan tanya kenapa dia masuk lambat, dah nama pun bos kan). Maka sambil tersenyum simpul tanya..

“Pergilah Shopping..”

bos

Ha… itulah yang dijawabnya bila saya selaku ketua team bertanya kepada Encik Bos. Tapi, sayang seribu kali sayang. Bukan shopping untuk diri sendiri. Tapi shopping barang keperluan team OHBULAN!. Ek..eleh….

Tapi katanya amaun yang diberikan itu boleh digunakan untuk membeli barang-barang memudahkan kerja dan ‘have fun’ di pejabat. Kiranya nak beli apa ikut kitorang punya suka.

Maka, disebabkan keperluan untuk menghidangkan korang dengan story trending, tak bolehlah kami satu team nak keluar kan. So, hanya 3 orang je keluar dengan membawa amanah 3 orang lagi. Apa lagi, jom shopping!

shopping 2

OHBULAN! Kat mana?

Screen Shot 2015-12-14 at 2.00.53 PM

Well, disebabkan barang yang kami nak beli ini ada barang elektronik dan juga perabot, kami pun decide nak pergi ke Courts Subang je sebab dengar kata memang banyak pilihan barangan di sini. Kalau dari ofis kami di Damansara Utama dalam 20 minit perjalanan.

Masuk je entrance kami terus parking yang mana sekaligus memudahkan kami selaku pelanggan. Takdelah nak buang masa berpusing cari parking.

Screen Shot 2015-12-14 at 2.01.08 PM

Wah.. Boleh tahan besar juga!. Kami nak puji sikit la Sales Assistant disini sebab tak mendesak kami untuk beli barang macam sesetengah tempat yang asyik ‘ikut punggung’. Jadi tak selesa juga kan?

So, kami pun pusing-pusing dengan bahagianya persis orang kaya. Survey dari depan sampai belakang, pusing balik belakang ke depan. Al-maklumlah, jarang boleh mengular waktu ofis, so inilah masanya. Hahaha.

Screen Shot 2015-12-14 at 2.01.15 PM

OHBULAN! Beli apa?

Screen Shot 2015-12-14 at 2.05.52 PM

(Dalam hati nak beli yang ni, tapi admin yang ni memang suka berangan lebih…)

Lepas bertekak, gelak-gelak dan call lagi 3 orang team OHBULAN! yang bengang kena stay dekat ofis tu, kami pun dengan bangganya membeli barang-barang di bawah dengan harga RM 3997.00. CASH!. Kiranya memang menggunakan peruntukan sebanyak RM4,000 yang diberikan sepenuhnya tanpa was-was.

Screen Shot 2015-12-14 at 2.10.41 PM

(Yang ni lebih realistik…)

1 set smart TV 40 inci (sekali dengan soundbar)- nak tambah lagi satu set tv di ofis

1 set sofa – nak buat satu lagi port lepak dekat ofis

1 set smartphone – nak operate whatsapp broadcast OHBULAN! dengan lebih efisien

4 biji powerbank – nafsu team OHBULAN!

4 biji headphone – tak tahu nak beli apa lagi, saje nak habiskan bajet yang diberi.haha.

Mungkin kalau ada barang berharga RM3, kami akan beli jugak, Tapi sayangnya takde. Okay ke harga tu eh korang? Bagi kami macam okay dan agak murah sebab semua harga barang yang dipaparkan dah dikira dengan GST.

Screen Shot 2015-12-14 at 2.06.25 PM

(Masa bayar, sofa ni jadi RM299 je. Fuh. Murah!)

OHBULAN! Sembang-sembang sat…

Screen Shot 2015-12-14 at 2.06.01 PM

Sambil tunggu cik adik manis Sales Assistant tengah keluarkan invois (lupa nak tanya nama), kami pun sajalah sembang-sembang kosong.

Cik adik manis tu beritahu kami untung beli barang di Courts sewaktu promosi (selalunya promosi gila-gila hujung tahun) sebab harganya memang murah. Tambah Cik adik manis tu lagi, kalau hari minggu lagi ramai orang serbu.

“Eleh.. dapat komisyen lebihkan harini?” . Saja kami sakat Cik adik manis tu. Haha. Tapi, rezeki dialah kan sebab layan kerenah kami lebih 4 jam (boleh tahan cerewet kami ni sebenarnya). Kalau 10 orang customer macam kami, mahu dia balik nangis-nangis.

Screen Shot 2015-12-14 at 2.06.17 PM

Hantar kat Ofis OHBULAN! terus ya!

Screen Shot 2015-12-14 at 2.16.53 PM

Disebabkan kami beli barangan dengan harga lebih RM3,000, kami tak perlu nak bayar kos penghantaran! Wah. Cantik. Mana mungkin nak bawa banyak barang macamtu dengan naik Myvi buruk tu je. Tak muat! So, bila dapar free delivery, kami amatlah bersyukur.

Untuk pengetahuan korang, kami pergi shopping ni pada hari Khamis (10/12/2015), esoknya tu cuti Keputeraan Sultan Selangor (11/12/2015). So, kami minta hantar barang hari Isnin (14/12/2015).

FYI: Tiba-tiba pula team Selangor menang Piala Malaysia kali ke-33, Isnin pun cuti. Maka, kami call balik Courts inform hantar barang hari Selasa (15/12/2015). Well, katanya ‘No problem Madam’. Ha. bagus kan?

Thanks Bos!

Screen Shot 2015-12-14 at 2.16.08 PM

Dalam pukul 6 macamtu, kami pun pulanglah ke ofis dengan wajah penuh bahagia walaupun hari hujan lebat (kena balik ofis sebab nak hantar 2 orang lagi, kalau tak dah balik rumah je terus. Huhu.)

Well, walaupun kami tidak diberi beratus ribu untuk shopping, tapi kami sangat happy dan bersyukur. Malah, kami bagi thumbs up pada Sales Assistant Courts sebab layanan yang superb! Kalau korang nak tahu bila Courts ada promosi atau apa-apa info mengenai mereka, korang boleh klik www.courts.com.my. Enjoy shopping!

Pstt.. Jam 11 Pagi, 15/12/2015: Barang dah selamat sampai. Yeayy!!

couts 3

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×