Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari menasihati rakan seindustri, Mahalini agar menghiraukan komen negatif yang dilemparkan netizen mengenai lagu ‘Sampai Menutup Mata’ yang dirakam semula.
Artikel Berkaitan: Acha Septriasa Merinding Bulu Roma Dengar Lagu ‘Sampai Menutup Mata’ Versi Mahalini – ‘Awak Membuatnya Lebih Powerful’
Artikel Berkaitan: Bunga Citra Lestari Enggan Ulas Isu Suami Seleweng Duit Syarikat RM1.7 Juta – ‘Boleh Tanya Sendiri Tuan Badan’
‘Masa depan cerah’
Bunga atau mesra dengan sapaan BCL, 41, berkata, Mahalini tidak seharusnya mengambil pusing tentang perkara itu kerana akan mengganggu mentalnya.
Malah, BCL percaya Mahilini mempunyai bakat yang cukup hebat selain bangga dengan kejayaan yang diraih penyanyi itu.
Cabaran dalam industri itu memang ada, sebagai penyanyi harus kuatkan diri dan jangan terlalu mendengar atau membaca komen yang tidak baik untuk mental.
Saya merupakan juri sewaktu Mahilini menyertai pertandingan Indonesia Idol, saya bangga dengan pencapaian yang dikecapi olehnya sehingga hari ini.
Dia mempunyai masa depan yang cerah di Indonesia dan namanya semakin besar (dikenali).
BCL berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert final Gimme The Mic Malaysia 2024 yang diadakan di CIDB, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Nasihat netizen
Dalam pada itu, pelantun lagu Cinta Sejati ini turut berpesan kepada netizen supaya menjaga kata-kata sewaktu menulis komen dan sepatutnya meraikan sahaja karya yang dihasilkan.
Tegas BCL, setiap penyanyi mempunyai kelebihan masing-masing dan tidak harus dibandingkan antara satu sama lain.
Nasihat saya kepada netizen, siapa pun empunya karya harus dihargai. Dalam karya tersebut akan mempamerkan karakter nyanyian penyanyi yang berbeza.
Kerana setiap penyanyi mempunyi ciri khas masing-masing dalam menyampaikan lagu.
Netizen memang bebas untuk memberi komen, namun harus meninggalkan komen yang baik, jangan menyakiti orang lain.
Tidak boleh membandingkan sesuatu karya, kerana semua karya ada konsep tersendiri.
Sebelum ini, Mahilini meluahkan rasa sedih apabila lagu ‘Sampai Menutup Mata’ yang dirakam semula menerima kecaman segelintir netizen sehingga dia memberi bayangan mahu berhenti menyanyi.
Lagu ‘Sampai Menutup Mata’ merupakan ciptaan komposer dan penyanyi terkenal, Melly Goeslow dan nyanyian asalnya oleh Acha Septriasa.
Lagu yang sudah berusia 18 tahun itu merupakan salah satu lagu bagi runut filem My Heart.