Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulung pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Rizky Febian Dah Kurang Dapat ‘Job’ Menyanyi, Bimbang Masa Depan Anak Bakal Lahir
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rizky Febian Lemah Lembut Bimbing Mahalini Baca Al-Fatihah Buat Netizen Terharu – ‘Slow-Slow Belajar’
Puteri sulung
Berita gembira itu dikongsikan oleh suami Mahalini yang juga penyanyi, Rizky Febian menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pasangan itu juga sepakat memberi nama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian kepada puteri mereka.
Telah lahir buah hati kami Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian dengan selamat walafiat pada tanggal 15 februari 2025
Selamat datang little star. Semoga kelak menjadi anak yang berbakti, solehah dan memberikan berkah untuk orang ramai. Mohon doa daripada semua ya.
Sementara itu, ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat bayi dan ibunya.
Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian telah melangsungkan perkahwinan pada 5 Mei 2024.
Namun, pasangan ini diarahkan untuk melakukan akad nikah sekali lagi iaitu pada 27 Disember lalu setelah mendapati pernikahan mereka sebelum ini tidak memenuhi rukun nikah.