Pelakon Idzham Ismail memberitahu dia dan isteri, Siti Nur Abilah Shamsudin sudah bercerai. Berita tersebut dikongsikan oleh Idzham sendiri menerusi akaun Instagram Story miliknya.
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Idzham Ismail Bergolak? Foto Hadir Di Mahkamah & Kapsyen ‘Masih Dalam Proses’ Jadi Tumpuan!
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ada Persamaan Tinggi, Bentuk Badan & Muka, Tapi Bukan Saya’
Artikel Berkaitan: Idzham Ismail Dapat Tawaran Promosi ‘Judi Online’, Tak Terima Fikir Soal Halal Haram
Tidak akan rujuk
Menurut Idzham, mahkamah telah memutuskan bahawa mereka sah bercerai. Tambah pelakon drama ‘Kifarah’ ini, mereka tidak akan rujuk. Idzham juga dilihat memberi pesanan ringkas di posting yang dimuat naik. Pesanan ringkas tersebut berbunyi ‘pesan saya, Allah ada, jawab dengan Allah untuk segalanya dibuat’.
Inara Idrus, its u and me vs the world from now on ok. Kita hidup kerana Allah, lupa Allah tengok lah apa yang jadi.
Sebelum ini, Idzham seakan memberi bayangan bahawa rumah tangganya sedang dilanda masalah. Bukan itu sahaja, Idzham turut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang. Meskipun tidak mahu mengulas lebih lanjut, bapa kepada dua orang cahaya mata ini hanya berkata ‘semuanya dalam proses’.
Allah ada
Untuk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.
Sumber: Idzham Ismail