berita

Mahkamah Tetap 24 Julai Tarikh Perbicaraan Kes Amang Seksual Safiey Ilias

October 27th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Usahawan kosmetik terkenal, Safiey Ilias didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas empat pertuduhan termasuk melakukan amang seksual secara bukan fizikal terhadap dua remaja lelaki melalui aplikasi Instagram.

Artikel Berkaitan: ‘Ya Allah Abang, Maafkan Kakak..Kakak Tak Sengaja’ – Ibu Dedah Kronologi Kejadian, Bukan Gaduh Rebut Kerusi

Artikel Berkaitan: Rakam & Muat Naik Gambar Bogel Ketika Bercuti, Suami Isteri Didenda Di Singapura

Amang seksual melalui aplikasi Instagram

Menerusi laporan Harian Metro, Mahkamah Sesyen Ampang menetapkan perbicaraan kes usahawan kosmetik itu akan bermula pada 24 Julai tahun depan. Difahamkan, Safiey menghadapi empat pertuduhan termasuk melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap dua orang remaja lelaki melalui aplikasi Instagram.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Norhazani Hamzah menetapkan empat hari bermula 24 hingga 27 Julai 2023 untuk perbicaraan kes Safiey, 28, semasa sebutan kes itu hari ini.

Turut difahamkan penyanyi lagu ‘Syinta Gila’ itu juga berdepan dua pertuduhan iaitu melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menggoyang-goyangkan payu dara di hadapan mangsa di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Walau bagaimanapun, usahawan terbabit yang diwakili peguamnya, Harjeet Singh Sidhu didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan dua mangsa menerusi aplikasi Instagramnya di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada 9 pagi, 9 Jun 2021 lalu.

Jika sabit kesalahan, Safiey berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15 (a)(i) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×