berita

Rakam & Muat Naik Gambar Bogel Ketika Bercuti, Suami Isteri Didenda Di Singapura

October 18th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman denda oleh mahkamah kerana didapati merakam dan memuat naik gambar bogel di sebuah lokasi pelancongan di Singapura.

Artikel Berkaitan: Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Pusing Melaka, Tetap Pakai Helmet Utamakan Keselamatan

Artikel Berkaitan: Gadis Kena Scam Hantar Gambal Bogel Syarat Nak Mohon Biasiswa

Rakam gambar bogel di tempat awam

Gambar sekadar hiasan

Pasangan suami isteri itu masing-masing didenda S$14,000 (RM46,260) dan S$9,000 (RM29,738) oleh mahkamah Singapura atas kesalahan menghasilkan gambar bogel di tempat awam. Bukan itu sahaja, pasangan terbabit juga turut menawarkan perkhidmatan langganan berbayar untuk kandungan seumpamanya.

Menurut laporan Mothership, pelaku, Jeffrey Chue Tze Jeong mengaku bersalah dalam beberapa tuduhan termasuklah bersubahat merakam gambar bogel isterinya di tempat awam. Tze Jeong turut memuat naik imej tersebut di laman Twitter dan menghalang keadilan dengan menipu bahawa telefon bimbit miliknya hilang.

Manakala, isterinya, Nguyen Thi Anh pula mengaku bersalah kerana bergambar secara bogel di tempat awam dan menghalang proses keadilan.

Menurut mahkamah, pasangan tersebut merupakan ahli komuniti yang dinamakan Undertable Swingers’ Community (USC), yang mana ahli-ahlinya sering berkongsi pengalaman dan memuat naik video lucah serta gambar bogel secara terbuka.

Sumber: Mothership.Sg

SKIP THIS AD ×