Menjadi seorang ibu yang bekerjaya pada zaman sekarang ini bukannya senang, pagi-pagi sudah terpaksa berangkat ke tempat kerja dan pulang ke rumah apabila matahari sudah mahu tenggelam. Kadang-kadang sayu dan kesian melihat wajah anak yang terpaksa ditinggalkan kepada pengasuh.
Oleh kerana tidak mahu anak dididik dan dijaga orang lain, isteri Saiful Nang sanggup meninggalkan kerja yang bergaji lumayan untuk fokus kepada keluarga. Malah, Saiful Nang sendiri membenarkan staff wanita dipejabatnya bawa bayi kerana tidak mahu memisahkan mereka. Alangkah bagusnya jika semua majikan seperti ni kan.
8 tahun pertama isteri bekerja untuk memenuhi tuntutan kontrak pengajian
Apa guna isteri pandai tapi anak dijaga & dididik bibik yang tak sekolah
Saya tidak menentang isteri bekerja, sebab itulah saya benarkan staff wanita bawa anak ke pejabat
Produktiviti meningkat berkali ganda, disebabkan ada bayi rezeki murah
Kasihanilah golongan ini yang sayangkan anaknya tetapi berbagi kasih dengan bibik di rumah
Apa guna segulung PhD jika akhlak anak tak sempat dididik dan dibentuk
sumber: Saiful Nang