berita

Mahu Balas Dendam, Isteri Upah 5 Lelaki Untuk Rogol Perempuan Simpanan Suami

May 31st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang wanita di Hyderabad, India ditahan polis selepas dituduh menjadi dalang kepada rancangan kejam di mana dia mengupah 5 lelaki untuk merogol seorang wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan dengan suaminya.

Siap rakam seluruh insiden

Gambar sekadar hiasan

Tertuduh yang dikenali sebagai Gayatri sebelum ini timbul rasa curiga bahawa suaminya, Srikath mempunyai hubungan sulit dengan wanita tersebut. Wanita itu telah tinggal bersama dengan Gayatri dan Srikath di rumah mereka di Sriramnagar Colony, Kondapur, India, ketika Gayatri tidak sihat.

Selepas beberapa bulan, Gayatri mejadi semakin yakin bahawa suaminya dan tetamu rumah mereka itu menjalinkan hubungan tanpa pengetahuannya. Ingin membalas dendam, dia memaksa 5 pekerjanya untuk melakukan serangan seksual yang cukup kejam terhadap wanita itu.

Gayatri mengumpan wanita malang itu ke dalam satu bilik di mana 5 perogol itu sedang menunggu. Lebih kejam lagi, dia turut merakam keseluruhan insiden itu, kemudian mengugut untuk menyebarkan video tersebut sekiranya wanita itu membuat laporan polis.

Akibat serangan itu, wanita tersebut cedera parah, dan dibawa ke sebuah hospital swasta oleh ahli keluarganya. Keluarga wanita itu kemudian bertindak membuat laporan polis di Gachibowli.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×