berita

Mahu Biaya Rawatan Anak, Rakyat Malaysia Edar Dadah Ke Singapura Terlepas Hukuman Mati

October 20th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang rakyat Malaysia, yang dikenali sebagai Gobi Avedian, semalam telah dilepaskan daripada hukuman mati berikutan kesalahan mengedar dadah di negara Singapura. Gobi sebelum ini dilaporkan telah menyeludup dadah ke negara tersebut sebanyak lapan hingga sembilan kali sebelum ditangkap di Woodlands pada 11 Disember 2014.

Nilai semula kes

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Berita Harianpeguamnya, M Ravi, berkata mahkamah tertinggi Singapura itu menilai semula kes berkenaan dan menyatakan ianya tidak adil kerana tidak mengambil kira bukti yang lain. Gobi yang kini berusia 34 tahun, dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun dan 10 kali sebatan pada tahun 2o17.

Mahkamah Rayuan merumuskan bahawa keputusan sebelum ini menggambarkan satu kesilapan dan Gobi berdepan satu ketidakadilan. Kes ini menempa sejarah dalam institusi kehakiman Singapura kerana membabitkan semua aspek perundangan, termasuk rayuan pengampunan bagi mengurangkan hukuman yang ditolak oleh Presiden Singapura.

Pada tahun 2017, dia telah dikenakan hukuman tersebut, namun susulan rayuan pendakwa, Mahkamah Rayuan mengenakan sabitan asal ke atas tertuduh. Namun, hakim ketika perbicaraan, percaya Gobi tidak tahu akan isi yang dibawanya adalah benda yang terlarang iaitu dadah. Susulan daripada perkara itu, pihak mahkamah bertindak meringankan hukuman terhadapnya.

2 dalam 1

Gambar sekadar hiasan

Menerusi kegiatan haram yang dilakukan, Gobi meraih kira-kira RM 4,266 hingga RM 5,585 sebagai pengawal keselamatan dan bertindak mengedar dadah bagi menampung kos rawatan anak perempuannya.

Dia menerima upah RM 500 bagi setiap paket coklat yang berisi dadah yang akan diseludup di Singapura. Hasil siasatan mendapati, Gobi telah berjaya mengimport sebanyak 40.22 gram heroin ke negara itu.

Sumber: Berita Harian 

SKIP THIS AD ×