berita

Mahu Cari Jodoh Untuk Zoey Rahman, Netizen Suruh Zarina Anjoulie Fikir Diri Sendiri Dulu – ‘Korang Nampak Sepadan’

February 14th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Zarina Anjoulie mahu mencari jodoh buat sahabat baiknya, Zoey Rahman.

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Tugas Saya Untuk Dedahkan Manusia Fake, Benda Itu Akan Terbongkar Sendiri’ – Zarina Anjoulie

Artikel Berkaitan: Berat Badan Anju Bukan Punca Tak Jadi Kahwin, Khazrul Tampil Beri Penjelasan–‘Kalau Dia Gemuk Saya Tetap Sayang’

Terima kasih untuk bunga rose

Saya sedang mencari jodoh untuk kawan baik saya @zoeyrahman. What a day @zoeyrahman thank you for the rose.

Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa sebagai Anju dilihat melakukan sesi ‘live’ di TikTok bersama Zoey bagi mempromosikan produk mereka. Menurut Anju, Zoey seorang sahabat yang baik dan dia telah menerima sekuntum bunga rose daripada pengacara ‘Gerak Geri Gasing’ itu.

Tambah Anju, dia mahu mencari jodoh buat Zoey agar sahabatnya itu mempunyai seseorang yang istimewa dalam hidup.

Today was a success Alhamdulilah. Terima kasih Zoey kongsi rezeki dengan saya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen suka melihat hubungan persahabatan di antara Anju dan Zoey. Malah, netizen mengharapkan sesuatu yang ‘lebih’ daripada mereka.

Di samping itu, netizen turut bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada Anju sejak belakangan ini. Mereka berharap ibu kepada seorang cahaya mata ini akan memberi fokus kepada kehidupannya selepas ini berbanding memikirkan hal orang lain.

Sumber: Zarina Anjoulie

SKIP THIS AD ×