Sebelum ini, bekas tunang pelakon Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey seakan mempersoalkan tentang aurat yang dipercayai berkaitan dengan cara pemakaian Zarina. Khazrul juga akui ‘malu’ melihat si dia berpakaian seksi di hadapan ramai orang.
Artikel Berkaitan: Berat Badan Anju Bukan Punca Tak Jadi Kahwin, Khazrul Tampil Beri Penjelasan–‘Kalau Dia Gemuk Saya Tetap Sayang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jadi Lelaki & Cuba Baiki’ – Zarina Anjoulie Minta Bekas Tunang Berhenti Buat Konten Tentang Dirinya
Siapa manusia ‘fake’ yang dimaksudkan?
Sebentar tadi, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju memuat naik satu ‘quotes’ di IG Story miliknya. Kata-kata yang dikongsikan tersebut seakan memberi bayangan bahawa bukanlah tugasnya untuk membongkarkan sikap atau perangai individu yang ‘fake’. Hal ini kerana, suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar dan ketika itu, tuan badan akan menunjukkan dirinya yang sebenar.
Bukan tugas saya untuk mendedahkan manusia penipu (fake). Bila tiba masanya, mereka akan tunjukkan diri mereka yang sebenar.
Meskipun begitu, tidak dapat dipastikan hantaran tersebut ditujukan kepada siapa.
Terbaharu, Khazrul menerusi satu hantaran di TikTok tampil memberi respon kepada netizen yang menularkan semula foto dan video perkahwinannya terdahulu. Menurut Khazrul, Anju sudah sedia maklum mengenai punca dia berpisah dengan bekas isterinya dahulu.
Lelaki boleh kahwin 4, kahwin 100 kali cerai, kahwin apa masalah kalau dah tak ada jodoh. Ada masalah ke? Terima kasih up video lama, dapat banyak view boleh jadi Youtuber pula.
No hide from her, semua dia tahu pasal saya. Dia dah jumpa pun mommy Pova apa ada hal. Dia tahu kenapa saya berpisah dengan Ariana. So no issue, i have a ball.
Terdahulu, pasangan ini seolah-olah mengesahkan bahawa ikatan pertunangan yang berlangsung pada bulan lalu sudah terlerai di tengah jalan namun tidak memberi tahu secara terperinci apakah punca perpisahan mereka.
Hantaran di IG Anju
Sumber: Zarian Anjoulie, Datuk Seri Khazrul Elzey