Di Twitter, pelakon, Ben Amir berjaya mencuri tumpuan netizen apabila dia memuat naik satu ciapan mengenai bakal mewujudkan kerajaan ‘sendiri’ selepas ini.
Tubuh kerajaan sendiri
Menurut Ben Amir, dia sedang mencari seorang wanita yang boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri (isteri) memandangkan dirinya akan menubuhkan sebuah kerajaan. Bukan itu sahaja, pelakon ‘Racun Suami Jahanam’ ini turut meletakkan beberapa kriteria buat wanita tersebut.
Seeloknya gadis gim, pandai masak, suka ketawa dengan gurauan saya, mempunyai naluri keibuan, mendorong saya untuk menjadi lebih baik dan juga seorang penjahat (sambil tersenyum).
Menerusi Tweet tersebut, rata-rata golongan wanita mencuba nasib untuk menjadi calon isteri Ben Amir.
Sumber: Ben Amir