Sudah menjadi lumrah hidup berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Sekali sekala pasti akan dilanda ‘badai’. Namun, setiap apa yang berlaku kita harus tanganinya dengan sabar dan tenang.
Terbaru, pelakon cantik jelita iaitu Faezah Elai ada memberi sedikit nasihat kepada suami isteri yang mempunyai masalah rumah tangga supaya tidak mencanang hal peribadi pasangan di media sosial.
Nasihat Faezah Elai
Menurut Faezah Elai di Instagram, dia memberitahu bahawa alam berumah tangga tidak lah sentiasa ‘sweet’ seperti di dalam drama. Hal ini kerana kadangkala akan berlakunya perselisihan faham antara suami isteri dan juga keluarga mertua. Tidak kurang juga ada dalam kalangan suami yang masih ‘kaki perempuan’ meskipun sudah mempunyai isteri dan anak-anak.
Kahwin ni kadang-kadang happy, kadang berkeleih terbang habis pinggan mangkuk. Kalau mai yang rebut taufan, satu taman perumahan boleh dengar. Haa tu belum masuk watak-watak extra, mentua, satgi ipaq , mai pula biras serupa haram jadah dok tukang cucuk.
Jelasnya lagi, setiap rumah tangga diuji dengan pelbagai dugaan yang berbeza-beza. Walaupun begitu, janganlah sesekali menceritakan masalah atau membuat aib pasangan kita di media sosial. Sebaliknya pergilah rujuk dan meluahkan kepada pihak tertentu seperti pejabat agama supaya dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Kalau rasa nak cerita juga, luah dekat mak pak, adik, mentua atau sesiapa lah yang dekat dengan kita. Bila canang dekat media sosial akan buat hang Nampak lagi payhetic and bagi ruang untuk laki hang cari salah.
‘Kesian anak-anak’
Tambah Faezah lagi, menceritakan masalah peribadi di sosial media bukanlah satu perkara yang baik malah ianya akan memberikan kesan kepada anak-anak. Sebaliknya, ajarlah mereka untuk menghormati kedua ibu bapa bukannya membenci. Sekiranya tidak mampu untuk bertahan, maka cerai adalah penyelesaiannya.
Jangan ajar anak benci bapa sendiri. Ajar anak tentang kasih sayang, tentang hormat pada orang tua sampai masa depa akan faham. Tapi kalua dah dipukul canang busuk pak dia, sampai besar dia akan tahu. Google semua benda keluar. Kawan-kawan sekolah pun tahu, kesian anak-anak.
Sebab tu orang kata cerai bukanlah satu tragedi. Tragedi sebenar adalah hidup dalam rumah tangga yang tidak bahagian dan ajar anak-anak benda yang salah tentang cinta. Tiada siapa mati sebab cerai. Asalkan awak dan anak-anak bahagia. Ibu bapa juga mahu tengok awak bahagia bukan menangis tepi bucu katil.
Menurut Faezah, ini hanyalah sekadar perkongsian sebagai peringatan untuk dirinya sendiri dan orang lain.
Sumber: Faezah Elai