berita

‘Main Dengan Anak Kucing Je, Tak Boleh Pregnant Ke?’ – Baru Setahun Kahwin, Wanita Dituduh Mandul

November 30th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata secepat yang mungkin. Pelbagai cara dilakukan mereka untuk memastikan hajat tercapai.

Namun, tidak semuanya diberikan rezeki anak seawal tahun pertama perkahwinan. Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun dan ada juga yang diuji dengan pemergian bayi.

Masuk neraka ke belum ada anak?

Actually hari ini first anniversary. But tak tahu nak kata apa. Apa salah aku weyh?? Masuk neraka ke kalau kahwin setahun belum ada anak?? Dosa besar ke kalau bela anak kucing?? Someone please help me. Nak buat macam mana yaa. Any suggestion?? Nak saman dia boleh tak???
#sistakkuat

Di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila dituduh mandul pada ulang tahun pertama perkahwinan. Menerusi screenshot mesej yang dikongsi, individu tersebut seakan mentertawakan dirinya yang masih belum punya anak.

Malah, individu biadap tersebut mengejek dirinya kerana selalu bermain dengan anak kucing.

‘Mandul bodoh’

Di ruangan komen, netizen turut terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan. Mereka berpendapat seseorang tidak patut bersikap keterlaluan dengan mengejek tentang rezeki kurniaan Allah SWT.

Sumber: Emma Amiera

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×