Sebelum ini, ikon fesyen terkenal, Wak Doyok telah tampil memohon maaf di atas kesilapannya yang menempah cincin berjata Johor. Dia juga kesal atas kesilapan yang tidak disengajakan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Artikel berkaitan: Wak Doyok Mohon Maaf Tempah Cincin Lambang Diraja Johor
Terbaru, nama Wak Doyok sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia didakwa tidak menghormati pakaian seragam tentera Amerika Syarikat.
Ada masalah mental ke?
Di Instagram, Wak Doyok memuat naik satu foto menunjukkan dia memakai pakaian seragam tentera Amerika Syarikat pada tahun 1941. Posting tersebut berjaya mencuri perhatian masyarakat Malaysia termasuk beberapa individu daripada negara luar.
Seorang individu dari Amerika Syarikat telah meninggalkan komen dan meminta Wak Doyok untuk mengeluarkan tangannya daripada poket seluar berkenaan. Tambahnya, Wak Doyok perlu mencukur janggutnya kerana ia mengganggu imej USMC. Komen itu dibalas oleh Wak Doyok dengan emoji.
Pandai lah padam
Rata-rata netizen berharap Wok Doyok memadam gambar tersebut di akaun Instagramnya. Jelas mereka, tentera Amerika Syarikat sangat menghormati pakaian seragam mereka.
Sumber: Melayu Bangkit