berita

Mainan Di Kubur Sering Hilang, Rakaman CCTV Tunjuk ‘Anak’ Mati Dibunuh Kembali Kerana…

August 18th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Penampakkan misteri seorang kanak-kanak perempuan di tanah perkuburan undang tanda tanya ramai orang termasuk ibu kepada pemilik kubur tersebut iaitu Saundra Gonzales. Kanak-kanak dalam lingkungan 2 tahun itu dilihat sedang mengutip barang mainan di tanah perkuburan anaknya Faviola Rodriguez yang meninggal dunia pada tahun 2018.

Walau bagaimanapun, Saundra merasakan kanak-kanak tersebut merupakan mendiang anaknya yang masih berkeliaran kerana tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Misteri kanak-kanak curi mainan

Menurut Saundra Gonzales, dia hairan apabila mainan dan barang-barang peribadi milik arwah anak perempuannya sering hilang di Tanah Perkuburan Masonik di Las Cruces, New Mexico. Justeri itu, dia membuat laporan mengenai kejadian ini kepada penjaga tanah perkuburan itu untuk memerhatikan insiden ini.

Kejadian itu turut mendapat perhatian keluarga lain yang mempunyai CCTV di batu nisan. Rakaman CCTV itu menyaksikan penampakan misteri seorang kanak-kanak dalam linkungan 2 tahun berkeliaran disitu sedang mengambil barang-barang peribadi anaknya. Namun dia percaya kanak-kanak misteri itu merupakan mendiang anaknya yang masih lagi berkeliaran kerana tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Kisah itu turut dikongsi di laman Facebook miliknya.

Saya percaya gadis kecil itu anak saya – Ibu mendiang

Pada bulan September ini, ini adalah tahun kedua dan sekarang perbicaraan telah disambung untuk kali ke-4 atau ke-5! Ini telah membuat saya geram dan marah dengan sistem mahkamah kerana gagal membela nasib anak perempuan saya Faviola yang merupakan mangsa penderaan kanak-kanak.

Menurut Saundra dia sangat kecewa dengan undang-undang negaranya kerana sehingga kini pembunuh anaknya masih bebas. Malah kes perbicaraan mahkamah masih lagi belum habis. Malah dia turut percaya dan yakin bahawa kanak-kanak misteri itu adalah mendiang anaknya.

Kami tahu gadis kecil itu anak saya. Saya segera menangis kerana dia menunjukkan foto itu kepada saya dan saya terkelu kerana saya tahu itu anak saya! Tidak ada satu pun keraguan di hati saya kerana dari kepala hingga kaki, dari rambut hingga pakaian, semua milik Faviola.

Malah dia juga percaya Faviola dihantar kepadanya untuk menenangkannya dan untuk memberitahu dia bahawa dia baik-baik saja sekarang.

Pembunuh anak masih bebas

Faviola Rodriguez yang ketika itu berumur 2 tahun meninggal dunia pada bulan September 2018 selepas didera teruk oleh teman lelaki ibunya. Pada 6 September 2018 lebih kurang jam 3 pagi, kanak-kanak itu didapati tidak bernafas di Pangsapuri Castrill selepas menerima laporan dari jiran tertangga. Anggota bomba dan paramedik Las Cruces melakukan CPR pada anak itu, kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Wilayah MountainView di mana dia meninggal meninggal dunia sejurus tiba.

Gadis itu tinggal bersama ibunya, Saundra Gonzalez, dan teman lelaki ibunya, Castrillo, di Willow Brook Apartment Homes di Las Cruces. Gonzalez bekerja ketika Castrillo menelefon 911. Menurut Saundra, pembunuh anak lelaki mereka masih bebas dan didakwa merosakkan kubur tersebut.

Ditahan dengan ikat jamin

Castrillo muncul di mahkamah pada 14 September 2018 selepas Mahkamah Daerah Kehakiman Ketiga di mana Hakim Daerah Kehakiman ke-3 Douglas R. Driggers memutuskan bahawa dia akan ditahan dengan ikat jamin $35,000. Tahun lalu, Castrillo didakwa berkaitan dengan penembakan yang mencederakan seorang budak lelaki berusia 14 tahun.

Polis memaklumkan Castrillo, bersama dengan Sabino Paez, dan Ismael Dunlap, merancang untuk membeli ganja dari budak itu pada Februari. 5, 2017. Paez dituduh menembak budak lelaki itu semasa urusan jual beli itu. Castrillo turut didakwa dalam satu tuduhan rompakan bersenjata dan konspirasi untuk melakukan rompakan bersenjata. Dia dijatuhkan hukuman percubaan selama 18 bulan atas 4 pertuduhan.

Sumber : Icsun, fox, Saundra

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×