Foto: AFP
Seorang pembantu rumah menjadi mangsa dera majikannya yang tergamak memukul, memaksa makan najis haiwan dan merantai wanita itu pada sangkar anjing.
Artikel Berkaitan: Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Bilik Air
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Didakwa Garang, Tukar Amah Sampai 50 Kali
Teruk diseksa
Foto: AFP
Kejadian yang berlaku di Jakarta, Indonesia itu menyaksikan mangsa, Siti Khotimah mendapatkan pekerjaan sebagai pembantu rumah setelah melihat iklan menerusi laman Facebook (FB).
Dia meninggalkan kampung halamannya di Jawa Tengah dengan tujuan untuk membantu keluarganya melunaskan hutang.
Sepanjang bekerja, wanita berusia 24 tahun itu diseksa oleh majikannya kerana dituduh mencuri. Dia kini tempang serta turut kelihatan parut pada kakinya akibat melecur.
Kepala saya sakit setiap kali memikirkan apa yang berlaku kepada saya.
Lebih parah lagi, mangsa mendakwa dia pernah diperkosa oleh majikannya semasa bekerja. Polis kemudian menasihatinya supaya memfailkan tuntutan mahkamah berasingan untuk penderaan seksual.
Susulan itu, majikan Siti yang berusia 70 tahun tersebut dihukum penjara selama empat tahun kerana melakukan penderaan fizikal.
Dalam masa yang sama, suami, anak perempuan mereka dan enam lagi pembantu rumah dihukum penjara tiga tahun setengah.
Saya sangat kecewa, hukuman itu sangat ringan berbanding apa yang berlaku kepada saya. Mereka sepatutnya merasai apa yang saya rasakan.
Sementara itu, kes berkenaan telah mendapat perhatian ramai berikutan negara tersebut tidak mempunyai rang undang-undang yang melindungi pembantu rumah.
Perkara tersebut telah menyebabkan lebih empat juta individu terutama wanita terdedah kepada risiko penderaan di Indonesia.
Sumber: The Jakarta Post, Today Online