Hasrat seorang warga emas berusia 76 tahun untuk mengahwini wanita yang lebih muda tidak kesampaian meskipun sudah berhabis Rp 123 juta (RM37,066).
Artikel Berkaitan: Anak Tikam Ibu Kandung Berkali-Kali Angkara Dendam
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Sahabatku Jadi Ibuku!
Wanita itu memintam Rp 12 juta
Menerusi laporan Tribun Janteng, lelaki yang berasal Tondok Marante telah membuat laporan polis terhadap wanita yang ingin dinikahinya setelah mendapat tahu bahawa dia telah ditipu.
Dikatakan, kejadian tersebut berlaku pada Disember lalu ketika mereka bertemu di Pejabat Pos Rantepao sehinggalah mereka menuju ke rumah penginapan terdekat.
Pelaku meminjam wang tunai milik mangsa sebanyak Rp 12 juta (RM3,614.72) dengan memujuk bahawa dia bersedia untuk berkahwin dengan lelaki tersebut.
Bukan itu sahaja, wanita yang berusia 35 tahun itu terus menerus meminta wang kepada mangsa sehingga Rp 123 juta (RM37,066). Setelah sedar diri ditipu, lelaki tersebut memilih untuk membuat laporan polis mengikut undang-undang.
Sumber: Tribun Janteng