Isteri kepada penyanyi terkenal Virgoun iaitu Inara Rusli menolak dakwaan bahawa dia adalah seorang yang garang dan sering menukar pembantu rumah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penyanyi Langgan Wanita Lain, Isteri Terpaksa Buka Purdah Demi Sara Keluarga
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Dakwa Virgoun Siap Minta Poligami Ketika Kantoi Curang
Dalam masa tiga tahun
Memetik laporan Detik.com, wanita itu didakwa menukar pembantu rumahnya sebanyak 50 kali dalam tempoh tiga tahun berikutan sikap pemarahnya.
Difahamkan dakwaan tersebut timbul dipercayai daripada pihak Virgoun dengan niat untuk memburuk-burukkan nama Inara.
Banyak betul masa saya sentiasa nak tukar pembantu rumah tapi kalau awak boleh jaga saya ketika sakit dan anak-anak, jangan berkira kenapa pembantu rumah ditukar.
Bagaimanapun ibu kepada tiga orang anak itu mengakui dia memang mencari pembantu rumah yang terbaik bagi untuk menolongnya menguruskan rumah tangga.
Tapi saya tidaklah kerap sangat tukar sampai 50 kali. Saya nak pilih yang terbaik untuk anak saya.
Untuk melindungi anak manusia bukannya jaga barang, jadi perlu spesifik dan kenalah cari yang terbaik.
Sekadar info, ketika ini mereka masih di dalam proses perceraian selepas Inara nekad untuk berpisah dengan pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu. Ia susulan kontroversi curang Virgoun yang melanggan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks.
Sumber: Detik.com