berita

Mak Ayah Sempat Gelak, Pakar Veterinar Tegur Video Kanak-Kanak Hampir Digigit Monyet Tak Kelakar

September 26th, 2022 | by Ain Rabbiyatul
Kini Trending

Susulan video tular seorang kanak-kanak yang hampir digigit oleh seekor monyet sambil diperhatikan ibu bapanya, pakar veterinar, Dr.ima_vet terpanggil untuk tampil memberi respon.

Artikel Berkaitan: Bayi Berusia Sebulan Maut, Diserang & ‘Diculik’ Sekumpulan Monyet Ketika Menyusu

Artikel Berkaitan: Tiada Kes Cacar Monyet Di Malaysia Seperti Gambar Viral – KKM

Kawal pergerakan anak-anak

Menerusi video yang dimuat naik oleh Dr.ima_vet di Tiktok itu, dia meluahkan rasa kesal akan situasi yang berlaku kepada seorang kanak-kanak yang hampir menjadi mangsa serangan seekor monyet sebelum dapat diselamatkan oleh ayahnya.

Tolonglah jaga anak-anak. Benda ni tak kelakar.

Ujar Ujar Dr.ima_vet, ibu bapa perlu mengawasi pergerakan kanak-kanak apabila berada di kawasan haiwan liar untuk mengelakkan daripada perkara yang buruk berlaku.

Menerusi video tersebut, jelas kedengaran gelak ketawa daripada individu yang merakam kejadian tersebut dan seakan terhibur dengan kejadian cemas yang sedang berlaku itu.

Apa-apa terjadi haiwan liar akan dibunuh

Walau bagaimanapun, Dr.ima_vet berpesan jangan menganggu habitat liar kerana berkemungkinan haiwan tersebut akan menyerang apabila berasa terancam. Lalu, haiwan tersebut akan ditangkap dan dibunuh kerana dikatakan telah menyerang manusia.

Nanti monyet tu juga yang akan ditangkap dan dibunuh disebabkan menyerang kanak-kanak

So basically you have to really understand, dekat situ pun dah ada tulis kawasan monyet liar jadi jangan kacau dan ganggu dia.

Jelas dia lagi, gigitan yang berlaku bukan sahaja menyakitkan tapi manusia berisiko terkena penyakit berbahaya.

Lagi satu bahayanya monyet juga boleh bawa penyakit Zoonotik penyakit yang boleh berjangkit ke manusia.

Video

@drima_vet

Kecuaian manusia, monyet boleh jadi mangsa. Tolong kawal dan jaga anak anda! #vetlife #drima_vet #TikTokGuru #LearnOnTikTok #fyp #foryoupage #JomBelajar #shouldbeme

? original sound – Salehatul Khuzaimah – Salehatul Khuzaimah

Sumber: @drima_vet

SKIP THIS AD ×