Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan tidak menerima sebarang notifikasi yang berkaitan dengan kes jangkitan cacar monyet mahupun kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus itu seperti dalam mesej berserta gambar yang tular di media sosial.
Tiada notifikasi setakat petang semalam
Gambar sekadar hiasan
KKM dalam satu ciapan di laman Twitter menyatakan mereka tidak menerima pemakluman berhubung jangkitan itu setakat 5 petang semalam.
Sehingga 24 Mei 2022 jam 5.00 petang, KKM tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes yang dijangkiti virus monkeypox atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus monkeypox seperti dalam mesej beserta gambar yang ditularkan dalam media sosial.
Sekiranya gambar itu adalah benar, waris kepada kanak-kanak itu dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah, kecuali jika seseorang individu itu ada sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti atau kontak langsung dengan pesakitnya.
Beliau berkata, kemungkinan transmisi jangkitan virus itu dari manusia ke manusia adalah terhad.
Sehingga 24 Mei 2022 jam 5.00 petang, KKM tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes yang dijangkiti virus monkeypox atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus monkeypox seperti dalam mesej beserta gambar yang ditularkan dalam media sosial. pic.twitter.com/CVdSwpBCAb
— KKMalaysia??? (@KKMPutrajaya) May 24, 2022
Sumber: KKM