berita

‘Mak Bangchik Balik Ni…’ – Jatuh Dalam Tandas Masa Ambil Wuduk, Ibu Ezad Lazim Meninggal Dunia

August 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Ibu kepada penyanyi terkenal iaitu Ezad Lazim disahkan meninggal dunia di rumah mereka di Taman Wira, Mergong, Alor Setar, Kedah sekitar jam 6:30 pagi. Lebih meruntun hati apabila mengetahui bahawa 6 Ogos 2020 (semalam) adalah genap setahun pemergian ayahanda tercinta iaitu Mohd Lazim Ismail.

Allahyarham rebah dalam bilik air

Menerusi laporan yang dipetik Gempak, Allahyarham Rosadah Jahaya telah jatuh di dalam tandas ketika mahu mengambil wuduk untuk mendirikan solat Subuh. Ezad memaklumkan, dia menerima berita mengejutkan itu daripada kakaknya.

Mak bangchik balik ni.

Kak Long beritahu Mak jatuh dalam bilik air dan kemudiannya terus tidak sedarkan diri. Dan selepas diperiksa, Mak sudah pergi meninggalkan kami.

Susulan itu, kakak kedua Ezad iaitu Rozaimah Mohd Lazim memaklumkan kepada Harian Metro bahawa Allahyarham memang menghidap penyakit darah tinggi tetapi keadaan kesihatannya terkawal.

Emak tiada apa-apa sakit dan kalau ada pun hanya darah tinggi tapi terkawal. Seperti biasa, pagi ini dia bangun untuk solat subuh. Adik bongsu kami, Mohd Rizal ketika itu sedang solat dan terdengar namanya dipanggil oleh emak.

Dia bergegas ke tandas untuk mendapatkan ibunya tapi sayangnya pada ketika itu ibunya sudah rebah.

Genap setahun pemergian bapa

Sementara itu, mereka segera menghubungi pihak ambulans untuk mendapatkan bantuan. Setibanya di sana, doktor mengesahkan Allahyarham yang berusia 69 tahun itu sudah meninggal dunia.

Doktor yang tiba tak lama kemudian mengesahkan emak sudah tiada. Kami segera memaklumkan kepada Ezad dan dia kini dalam perjalanan pulang. Dia sempat balik menjenguk emak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas asar di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ayah iaitu di Tanah Perkuburan Taman Uda, Alor Setar.

Sumber: Gempak, Harian Metro

SKIP THIS AD ×