berita

“Mak, Boleh Ke Kaki Saya Tumbuh Balik”- Soalan Sayu Mangsa Langgar Lari Putus Dua Belah Kaki

January 19th, 2016 | by Noraniza
Kini Trending

adik

Semalam, sekeping foto seorang pelajar terduduk sambil memegang kakinya yang cedera parah mula tersebar di laman sosial.

Pelajar tersebut menjadi mangsa kes langgar lari selepas digilis oleh sebuah lori tanah dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak selepas pelajar tersebut dikatakan jatuh atas jalanraya kerana dihimpit sebuah kereta jenis Produa Kancil.

Screen Shot 2016-01-19 at 11.50.09 AM

Roslan Bin Sardi, 40, memaklumkan bahawa Nuraisyah adalah anak tirinya yang telah dibela sejak kecil lagi. Menurut Roslan, pagi ini anak tirinya itu bertanyakan kepada isterinya satu soalan yang agak susah untuk dijawab.

“Mak, boleh ke kaki saya tumbuh balik?”

Sudah menganggap bahawa Nuraisyah bagaikan anak sendiri, Roslan mengakui bahawa dia juga amat terkesan dengan peristiwa menimpa mangsa.

“Saya sungguh kagum dan pada sama malu dengan Nuraisyah , dia memang kuat kerana ketika kejadian dimana dia tidak menagis sedikit pun walaupun kehilangan kaki dan cedera teruk, sebaliknya senyap dan termenung, kalau saya di tempat dia sudah pasti saya meraung.”

Ketika ditanya apa yang sebenarnya terjadi dan salah siapa, beliau memberitahu bahawa kejadian ini adalah takdir.

“Nak salahkan driver pun benda dah jadi, apa yang terjadi adalah ketentuanNya untuk kejadian ini terjadi, kalau diikutkan memang dihimpit oleh pemandu kereta Kancil membuatkan anak saya jatuh dan lori datang dari depan tidak sempat mengelak dan melanggar anak saya.”

“Pihak polis semalam telah menghubungi saya dan mengesahkan pemandu lori dan membuat laporan di Balai Sabak Bernam dan pemandu kereta Kancil tersebut sudah menyerah diri di mana pemandunya adalah seorang wanita, dia melarikan diri(meneruskan perjalanan) kerana dikatakan terkejut dan terkedu.”

Sumber: Siakap Keli

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×