berita

‘Mak Buka Mata, Mengucap’ – Tak Dibenarkan Melawat, Anak-Anak Menangis Video Call Ibu Sedang Nazak

May 25th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi pilu yang dilalui oleh keluarga ini apabila mereka hanya mampu melihat ibu sedang nazak menerusi video call sahaja.

Video call ibu tengah nazak

Baru-baru ini viral satu video yang cukup meruntun hati dengan memaparkan sebuah keluarga besar sedang menangis teresak-esak sambil memohon keampunan dari ibu tersayang yang sedang nazak ketika itu. Difahamkan, keluarga ini terpaksa berhubung menerusi video call kerana mereka tidak dibenarkan melawat pesakit ekoran daripada pematuhan prosedur pihak hospital. Kedengaran kesemua mereka berdoa semoga ibu mereka diampunkan Allah SWT selain sempat mengajar wanita itu mengucap dua kalimah syahadah.

Mak buka mata mak, bangun mak, mengucap mak..

Walaupun keadaan ibu tersayang sudah tenat, tetapi mereka masih memberi kata-kata semangat buat insan itu supaya dia terus kuat untuk sedarkan diri. Tetapi Allah SWT lebih menyayanginya, wanita tersebut telah pergi buat selama-lamanya dan jenazahnya juga telah diuruskan.

Tak boleh melawat di hospital

Seorang individu yang dipercayai merupakan menantu arwah telah berkongsi kisah menyayat hati itu di akaun media sosialnya.

Hari ini 24 Mei pukul 4.45 pagi tadi, ibu mentua kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah. Meninggal dunia di Hospital Shah Alam. Arwah meninggal sebab Covid-19. Tiga minggu dalam ICU (unit rawatan rapi) sebab sesak nafas perlukan bantuan oksigen.

So, punca kena Covid adalah kerana kakak ipar dapat melalui kawan ‘office’ dia. Kakak ipar jumpa mak mentua saya cium tangan dan berborak (berbual) rapat-rapat. Bila kakak ipar pergi buat ‘swab test’ positif (Covid-19). Bawa mak mentua pergi ‘test’ terus positif. Boleh bertahan tiga minggu sahaja selepas itu meninggal dunia. Jadi hati-hati kawan-kawan semua ya.

Menurut sumber, disebabkan ahli keluarga tidak dapat melawat pesakit, doktor akan membuat panggilan video apabila tahap oksigen pesakit terlalu rendah.

Sedihnya..

Sumber: Facebook, Harian Metro

SKIP THIS AD ×