berita

‘Mak Cik Bawang’ Dakwa Intan Najuwa Cucuk Bibir? Tuan Badan Jawab – ‘Saya Overline Lips Saja’

April 16th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Intan Najuwa

Pelakon Datin Intan Najuwa menafikan dirinya menyuntik bibir seperti didakwa seorang individu.

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Dedah Suami Terpaksa Bertongkat Sebab Jatuh Kuda, Netizen Seloroh – ‘Ingatkan Ikut Trend, Tapi Lawa Tongkat Itu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebagai Seorang Isteri Saya Tahu Batas, Kena Jaga Air Muka & Hormat Dia Sebagai Suami’ – Intan Najuwa

Cucuk bibir ke?

Intan Najuwa

Menurut Intan, dia tidak melakukan sebarang suntikan dan menjelaskan hanya melukis bentuk bibirnya ketika memakai gincu.

Makcik, saya tak cucuk bibir makcik. Saya overline saja lips saya masa pakai lipstick.

Intan menjelaskan mengenai perkara itu pada sebuah komen yang ditinggalkan seorang individu di Instagram miliknya dengan mendakwa dia menyuntik bibir.

Intan ini cucuk bibir ke?

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut mengkritik tindakan individu itu dan menegaskan aktres tersebut menggunakan teknik solekan untuk menampakkan bibirnya lebih tebal.

Terdahulu, netizen mempertikaikan foto yang memperlihatkan suami Intan iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman menggunakan tongkat yang dianggap sekadar untuk bergaya.

Intan bagaimanapun menegaskan suaminya bukan mengikuti trend semasa, sebaliknya menanggung kesakitan akibat jatuh ketika melakukan aktiviti menunggang kuda.

Imbas kembali, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023 dalam majlis yang berlangsung di sebuah pusat peranginan mewah di Desaru, Johor.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×