Seorang wanita iaitu pemandu van sekolah yang ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan seorang pelajar dibebaskan dengan jaminan polis.
Artikel Berkaitan: Suspek Terlibat Kes Pembunuhan Vina Berjaya Ditangkap Selepas 8 Tahun Melarikan Diri
Artikel Berkaitan: Pengurus Sahkan Shidee Ditahan Polis Didakwa Pukul Abang Ipar, Direman Selama Empat Hari
Dibebaskan dengan jaminan polis
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, wanita yang berusia 50 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pihak pendakwa raya bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.
Pada 19 Jun, seorang murid pra sekolah berusia lima tahun dilaporkan maut selepas dirempuh van sekolah di hadapan kediamannya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.
Insiden itu berlaku ketika pemandu terbabit menurunkan mangsa dan abangnya berusia 6 tahun di hadapan rumah. Wanita itu kemudian meneruskan perjalanan selepas melihat abang mangsa melepasi belakang van dan beranggapan mangsa mengekori abangnya.
Pemandu meneruskan perjalanan dan merempuh mangsa sedang yang lalu di hadapan van. Akibat kejadian, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Sumber: Harian Metro, Buletin TV3