berita

‘Mak!’ – Dengar Jeritan Terakhir Dua Anak Sebelum Hangus Terbakar

August 16th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Beberapa hari lalu, media melaporkan dua beradik Zulqarnain Ajizul, 5, dan Zulfadhli Ajizul, 2 ditemui rentung berpelukan dalam kejadian kebakaran di Sri Aman Sarawak. Selain mangsa, kakak yang berusia lapan tahun turut melecur.

Ketika ditemubual wartawan Harian Metro, ibu mangsa memberitahu mendengar jeritan anak namun tidak dapat berbuat apa-apa berikutan api sangat marak.

Mak!

Ibu mangsa, Jamilah Tuah memberitahu mendengar jeritan dan tangisan anak sebelum sedikit demi sedikit lenyap di sebalik api yang marak. Tambah menyedihkan apabila mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana keadaan terlalu berisiko.

Hanya Allah mengetahui perasaan saya dan suami melihat kedua-duanya pergi sekelip mata.

Abang (Zulqarnain) dan Adik (Zulfadhli) ‘pergi’ tanpa sebarang petanda…kami reda dengan ketentuan Tuhan.

Menurutnya lagi, ketika kejadian mereka sedang tidur di ruang tamu sebelum dia terjaga lebih awal kerana mahu ke tandas.

Selepas keluar dari tandas, saya mendapati Abang dan Adik tidak berada di ruang tamu lalu terus mencari mereka di beranda rumah.

Ketika itulah saya melihat ada kepulan asap keluar dari tingkap bilik tidur bapa mentua. Menyedari sesuatu tidak kena sedang berlaku, saya bergegas membuka pintu bilik dan terkejut mendapati kedua-duanya terperangkap dalam bilik berkenaan yang sedang marak terbakar.

Saya tidak dapat masuk kerana keadaan terlalu panas dan api marak. Saya berteriak memanggil nama mereka berdua dan ketika itulah mereka merintih kepanasan dan menjerit memanggil ‘Mak’.

Hanya sekali itu sahaja sebelum keadaan senyap, kecuali bunyi api membakar.

Tragedi ini cukup menyedihkan kami sekeluarga. Sudah pasti kami akan merindui gelak tawa dan keletah Abang serta Adik.

Itu semua hanya tinggal kenangan untuk selamanya.

Kejadian yang berlaku terlalu pantas menyebabkan dia panik dan berlari keluar bersama anak perempuan sebelum menjerit meminta bantuan jiran.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×