Pasangan selebriti Diana Rafar dan Zamarul Hisyam sempat melawat pelakon vateran, Ku Faridah yang dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan selepas terjatuh di bilik air mengakibatkan tulang lehernya patah.
Artikel Berkaitan: Mak Engku Jatuh Dalam Bilik Air, Patah Tulang Bahagian Leher
Artikel Berkaitan: Kesihatan Ebby Yus Merudum, Jep Sepahtu Datang Ziarah – ‘Love You Abang’
Selamat operation
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Diana memaklumkan Ku Faridah atau mesra dengan sapaan Mak Engku sudah selamat menjalani pembedahan pada pagi Rabu.
Kuat betul Mak Engku ini, masya-Allah. Walaupun baru operation pagi Rabu sebab patah tulang tengkuk jatuh bilik air hari itu selepas sehari pulang dari umrah.
Sayang Mak Engku, semoga cepat sihat ya.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran di entri sama, Zamarul dilihat sedang menyuapkan makanan ke dalam mulut Mak Engku.
Dalam perkongsian sama, Zamarul memuji semangat yang ada pada aktres berusia 71 tahun itu yang sentiasa positif.
Kuat semangat Mak Engku padahal baru lepas operation, memang steady. Macam mana hebat lakonan dia, macam itu juga hebatnya semangat dia. Insya-Allah, Allah bagi sihat.
Dapat dilihat juga, Mak Engku sempat mengaminkan doa Zamarul yang mendoakan agar diberi peluang untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci sekali lagi.
Terdahulu, Mak Engku mengalami kecederaan patah pada bahagian tulang leher selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya, baru-baru ini.
Sumber: Instagram