Sekadar gambar hiasan
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti akan diuji Allah SWT. Tidak kiralah ujian dari segi kewangan, orang ketiga, keluarga dan sebagainya.
Baru-baru ini, seorang peguam ada menceritakan kisah anak guamnya yang bercerai hanya kerana perselisihan faham antara kedua ibu dan ibu mentuanya.
Cerai sebab mak-mak bergaduh
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di TikTok, Peguam Syarie Naim memberitahu bahawa dia didatangi oleh sepasang suami isteri untuk membuat permohonan cerai. Dia kemudian bertanya kepada pasangan ini apakah punca sehingga membuatkan mereka nekad untuk berpisah.
Tetapi apa mengejutkan adalah jawapan yang diterima daripada pasangan ini. Menurut si isteri, dia dan suami tidak mempunyai masalah yang besar malah hubungan mereka baik-baik sahaja tetapi punca mereka mahu bercerai adalah kerana ibunya bergaduh dengan ibu mentuanya.
Sampaikan mak saya benci dekat suami saya. Dan mak mentua saya benci dekat saya. Silap kami tuan, bila ada pergaduhan kecil-kecil, masing-masing cerita dekat mak masing-masing. Bila kami dah berbaik, tetapi mak dan mak mentua masih bergaduh sebab kami. Benda ni berlarutan sehingga lima tahun.
Tambah wanita ini lagi, dia dan suami mengalami tekanan mental disebabkan perkara tersebut. Oleh itu, mereka akhirnya bersepakat untuk berpisah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati sesama sendiri supaya tidak terlalu kerap menceritakan hal rumah tangga kepada ibu bapa sebaliknya menyelesaikan perkara itu sendiri tanpa campur tangan orang lain.
Sumber: Peguam Syarie Naim