Tular di TikTok dengan lebih 31.8 juta tontonan memaparkan seorang wanita berpurdah naik ke atas pelamin kemudian merangkul erat pengantin lelaki sehingga mengejutkan seluruh tetamu yang hadir.
Artikel Berkaitan: Viral Video Hun Haqeem Salam, Cium & Peluk Wanita?
Artikel Berkaitan: Mesra Dalam Panggung Wayang, Sophia Albarakbah Dipeluk Lelaki Berjambang
Pengantin perempuan terduduk
Perkongsian sebuah video dari Indonesia itu menyaksikan sebuah majlis resepsi hari bahagia sepasang mempelai. Ketika acara bersalaman dengan tetamu, ada seorang wanita datang dengan memakai jubah dan purdah secara tiba-tiba memeluk pengantin lelaki.
Insiden tersebut telah menyebabkan semua orang yang ada di majlis itu terkejut dengan tindakan berani perempuan berkenaan. Manakala pengantin perempuan pula kelihatan panik dan terduduk sebaik sahaja melihat suaminya dirangkul wanita lain.
Yang sebenarnya…
Bagaimanapun, selepas menimbulkan perasaan panik terhadap tetamu yang berada di majlis tersebut, wanita itu kemudian membuka purdahnya dan ternyata adalah seorang lelaki yang sengaja berpakaian demikian untuk ‘prank’ teman baiknya.
Tetamu serta tuan rumah yang tercengang dan gelisah sebelum ini dilihat ketawa besar apabila identiti ‘wanita berpurdah’ diketahui.
Difahamkan mereka berdua adalah sahabat baik dan dia menyamar sebagai seorang wanita hanya semata-mata untuk memberi kejutan dan menggembirakan teman baiknya di hari bahagia.
Menjengah pula di bahagian komen, ramai warganet terhibur dengan gelagat lelaki berkenaan dengan usikan yang dilakukan.
Ingatkan yang pakai purdah tu Syarifah, eh sekali Syarifuddin lah.
Kelakar gila prank dia sampai yang tengok ni pun panik sekali.
Muka panik tapi kenapa tetap peluk ‘perempuan’ tu abang?
@ifah_hennaart sukses ngeprank?? Barakallah SAMAWA putra&putri??
Sumber: TikTok