berita

‘Mak Percaya Ubai Boleh Bimbing Shila & Anak-Anak Akan Datang’ – Fauziah Sarman

August 8th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Shila Amzah

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina anaknya itu bersama lelaki pilihannya, Ubai MZ.

Artikel Berkaitan: ‘Onak Duri Perlu Diharungi Bersama, Banyakkan Berbincang & Jangan Lari’ – Ibu Shila Amzah

Artikel Berkaitan: ‘Selepas Anak Mak Pulak’ – Ibu Shila Amzah Berseloroh Pasal Kahwin

Ucapan buat Shila Ubai

Shila Amzah

Menerusi hantaran di Instagram, Fauziah memberi nasihat kepada Shila dan Ubai dengan berpesan untuk sentiasa menjaga dan pelihara rumah tangga mereka.

Malah, Fauziah berkata memikul tanggungjawab sebagai suami isteri adalah satu ibadah yang menjadi sumber untuk memperoleh ganjaran pahala.

Assalamualaikum. Selamat pengantin baru buat anak-anakku Ubai dan  Shila.

Selamat menempuh alam perkahwinan. Banyakkan berdoa untuk kemudahan dalam memelihara kerukunan rumah tangga.

Perkahwinan ni satu komitmen bersama, berkhidmat untuk satu sama lain. Segala kebaikan suami isteri akan jadi satu ibadah, ladang pahala buat pasangan.

Dalam masa sama, isteri kepada penyanyi senior Datuk ND Lala itu berkata, dia percaya Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mampu membimbing anaknya dengan baik.

Mak nak tengok anak-anak mak bahagia, mak tumpang happy. Mak percaya Ubai boleh bimbing Shila dan anak-anak Shila akan datang. Insya-Allah.

Mak doakan semoga Ubai dan  Shila menjadi suami dan isteri yang baik yang soleh dan solehah.

Semoga cepat menimang cahaya mata. Semoga kalian menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah. Amin ya Allah ya Mujib.

Terdahulu, Ubai dan Shila selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Boathouse, Ampang, pada 5 Ogos lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×