Umum tahu, penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh media sosial, Ubai MZ bakal disatukan pada esok hari (Sabtu).
Artikel Berkaitan: Mak Ubai MZ Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Lagi Seminggu Je Mak’ – Shila Amzah Sedih Ibu Ubai MZ Tiada Di Hari Pernikahan
Lepas anak mak pulak
View this post on Instagram
Ibu kepada Shila iaitu Fauziah Sarman memuat naik hantaran memegang busana yang bakal digayakan pada hari bahagia anak sulungnya.
Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah kapsyen yang ditulis. Fauziah atau lebih mesra disapa Mama Zie bergurau dengan menyatakan giliran dirinya pula berkahwin selepas Shila.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut menyifatkan tak salah untuk Fauziah berangan selain mendoakan agar sentiasa bahagia.
Selain itu, mereka juga memuji kecantikan Fauziah yang kekal awet muda.
Pada Ahad lalu, ibu kepada Ubai, Allahyarham Rohani Jamal, 52, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang di PPUM akibat kanser ovari dihidapinya sejak Disember tahun lalu.
Sebelum ini, Ubai dan Shila mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan.
Terdahulu, Shila yang juga ibu tunggal pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.
Sumber: Instagram