Umum mengetahui, kurang dari tempoh 24 jam, penyanyi Shila Amzah bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ pada esok (Sabtu).
Artikel Berkaitan: ‘Selepas Anak Mak Pulak’ – Ibu Shila Amzah Berseloroh Pasal Kahwin
Artikel Berkaitan: ‘Baju Untuk Majlis Dah Beli, Cantik Sangat Mak Pakai’ – Ubai MZ
Nasihat buat Ubai
Sementara itu, ibu kepada Shila iaitu Datin Fauziah Sarman dilihat memuat satu hantaran dengan menitipkan nasihat buat bakal menantunya.
Menurut Fauziah, hidup berumah tangga tidak sama seperti hidup bujang, ia perlu diharungi bersama pasangan meskipun banyak ujian yang akan mendatang.
Gambar dengan bakal menantu, esok (Sabtu) dah jadi menantu, Insya-Allah.
Ubai, hidup berumah tangga tidak sama ketika masih bujang. Apa sahaja perlu kongsi segala-galanya.
Ranjau, onak dan duri perlu diharungi bersama. Banyakkan bersabar dan berterus terang dalam membuat keputusan.
Jangan mudah berkeras dengan pendapat sendiri, banyakkan berbincang dan jangan lari-lari, walaupun dulu Ubai atlet.
Dalam masa sama, isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala itu turut mendoakan agar rumah tangga yang bakal dibina Ubai dan Shila dilimpahi rahmat Allah.
Mak (panggilan Fauziah) doakan yang baik-baik untuk anak-anak mak. Semoga Allah reda dan memberkati kalian berdua di dalam kebaikan dilimpahkan rezeki. Amin.
Terdahulu, Ubai dan Shila mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais, 4.
Sumber: Instagram