Sebut sahaja Lebuhraya Karak, pasti ramai yang biasa mendengar kisah-kisah seram dan misteri yang berlaku di sepanjang jalan tersebut. Antara yang menjadi sebutan adalah kereta Volkswagen kuning yang memotong kenderaan lain secara tiba-tiba. Selain itu, muncul seorang kanak-kanak lelaki mencari ibunya di tengah-tengah jalan raya sunyi sebelum ‘lesap’ menghilangkan diri.
Apa yang menggerunkan lagi, seorang penyampai radio popular dikatakan pernah menjadi mangsa gangguan pemanggil ‘misteri’ pada waktu malam. Pemanggil tersebut menceritakan kisah kemalangan membabitkan kelurganya di Lebuhraya Karak.
‘Mak saya mati, isteri saya mati’
ini dia bro sedutan sikit.
cc : meremang pic.twitter.com/ef23KmpBSk
— ????? (@caklokq) August 20, 2020
Memetik daripada sebuah video, DJ radio mengimbau kembali kejadian seram ketika dia bersiaran pada suatu malam. Dia menerima panggilan daripada seorang wanita yang tidak dikenali menceritakan kisah benar yang berlaku ke atas keluarganya. Mereka sekeluarga menaiki van menuju ke Kuantan sebelum kenderaan yang dinaiki terbabas ke dalam gaung.
Tambah pemanggil misteri itu lagi, kesan daripada kemalangan tersebut seluruh ahli keluarganya tercampak ke dalam gaung dan maut. Sebagai wakil pendengar, DJ radio mempersoalkan jika semua ahli keluarga terjatuh ke dalam gaung, ia bermakna pemanggil turut terjatuh dan meninggal dunia.
Selepas daripada itu, panggilan tiba-tiba sahaja diputuskan.
Terima panggilan misteri
Terjatuh dalam gaung
Sumber : Jentik Hati , caklokq