Seakan tahu diri akan ‘pergi’ buat selamanya, seorang ibu sempat memasak serta menghidangkan juadah makanan buat semua anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: ‘Mama Ayah, Aydan Tidur Dulu..’ – Lukisan Terakhir Petanda Anak Pergi Selamanya
Anak-anak menangis makan masakan terakhir mak
Menerusi hantaran dikongsi pengguna bernama Boi_Asamboi di TikTok, difahamkan ibunya telah meninggal dunia pada Jumaat yang lalu namun juadah yang dimasak ibunya masih ada.
Menerusi video tersebut, pengguna TikTok berkenaan berkongsi momen di mana dia dan adik beradiknya yang lain menikmati hidangan terakhir yang dimasak ibunya sebelum meninggal dunia dalam keadaan hiba dan berjurai air mata.
Al-Fatihah buat mak saya, Norizan Binti Jahari (meninggal dunia) Jumaat, 27/5/2023.
Lepas ni tak dapat rasa air tangan mak, rindu tiada penghujung.
@boi_masam AL-#fatihah BUAT MAK SAYA NORIZAN BINTI BAHARI JUMAAT(27/05/2023 ) PASNI TAK DAPAT RASA AIR TANGAN MAK ??RINDUU TIADA PENGHUJUNG #airmataibu #Alfatihah ? Air mata ibu dato siti nurhaliza – Shah izzam ???T.E
Netizen belum sedia
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak menonton video dikongsi pengguna tersebut. Bahkan ada yang menyatakan ketidaksediaan mereka sekiranya perlu berdepan dengan situasi sebegini.
Sumber: TikTok