berita

‘Mak Silap Daftar Nombor Telefon’ – Wanita Nyaris Jadi Mangsa Scammer, Whatsapp Minta ‘TAC’ Nombor

April 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Karlesha Qaisara, berkongsi kisah di mana dia nyaris menjadi mangsa ‘scammer’.  Hal ini berlaku apabila ada seorang individu telah menggunakan nombor telefonnya bagi tujuan pengeluaran wang di bank.

Mak silap daftar nombor telefon

Menerusi beberapa ‘screenshot’ yang dikongsikan, scammer tersebut telah menghantar kiriman Whatsapp kepada Karlesha dan menyatakan bahawa ibunya telah silap mendaftar nombor telefon. Oleh itu, scammer tersebut meminta jasa baik mangsa untuk memberikan ‘tac nombor’ yang diterima melalui kiriman mesej.

Bantu mak saya kali ni

Menyedari bahawa cara individu tersebut merupakan seorang ‘scammer’, Karlesha terus membalas kiriman Whatsapp tersebut dan menyatakan bahawa dia mahu membuat laporan polis terlebih dahulu. Sebaik sahaja dia menyatakan hal berkenaan, individu tersebut terus menyekat nombor Whatsappnya dan diam tanpa berita.

Salam warga Kuantan, siapa pernah kena macam saya. Saya baru je kena tadi lepas ajak jumpe dekat balai terus dp wasap tak ada. Hati-hati korang, senang-senang sahaja nak dapatkan duit.

Menerusi posting tersebut juga, Karlesha memohon supaya netizen di luar sana lebih berhati-hati. Tambahnya, zaman sekarang ramai individu sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang dengan cara yang mudah.

Sumber: Karlesha Qaisara via Warga Kuantan Official

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×