berita

‘Mak Suruh Tunggu Sini, Mak Pergi Cari Tin’

October 13th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi ujian yang ditanggung anak ini apabila dia terpaksa meminta wang daripada orang ramai untuk membeli makanan. Menurutnya, ibu meninggalkannya seorang diri di situ sementara ibu mencari tin untuk dijual.

Nak beli nasi goreng

Terperanjat tadi parking kereta nak beli meggi untuk Hafizhan tiba-tiba budak ini ketuk tingkap. Buka tingkap tanya nak apa? Dia kata,”nak 5 ringgit”. Mulut ni tak ada insurans laju je jawab “tak ada”. Hmmm apa la aku ni. Pastu park siap-siap, tergerak la nak sembang dengan budak ni nak buat apa 5 ringgit? Dia jawab,”nak beli nasik gogheng”. Aitt? Mak tak masak ke?

Macam ni cerita dia, umur 9 tahun tak sekolah, mak ayah dah tua. Diorang tak kerja. Dapur kat rumah tak ada, air masak pun beli dekat jiran sebelah.(Sebab tanya acik nak belikan beras, maggi boleh masak dak?) Acik belikan la roti, milo, susu bla3 lagi.

Mak cari tin

Pastu nak bagi dia duit, dia kata “tak payah la acik dah belikan macam-macam”. Lepas itu bagi juga la dia duit, cakap ni nanti esok-esok nak beli makanan. Pastu dia kata mak suruh tunggu sini, mak pergi carik tin. Ya Allah kesiannya.

Nak balik tu bagi dia name kad, kata kalau nak dapur kat rumah acik ada lebih, nanti acik hantar. Kot-kot la mak dia kata ko curik ke apa nanti, ada la bukti. Nak offer kerja cuci pinggan jauh pulak ko nak jalan kaki budak. Dalam kereta teringat anak-anak, kalau la aku susah gak macam tu, anak-anak macam tu jugak. Beghenang la sikit ayaq mata nak keluar tak jadi, berkaca sat.
#tak tau la betul cerita budak ni, harap-harap sedekah ni diterima Allah.

Bukan menunjuk-nunjuk, tapi teringat ustaz Ebit boleh sedekah macam-macam, kita kena ambil contoh tu. Lagipun rezeki ni semua Allah punya, kita hanya hambaNya sahaja. Sekian karangan hari ini.

P.s kot siapa-siapa kenal budak ni, mintak dia datang kat Jsix Burger. Silap pula tak tanya alamat rumah.

Sumber: Dzul Ikh Wan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×