berita

‘Saya Serang Sebab Dia Ludah’ – Bekas Pembantu Peribadi Mengaku Pernah Pukul Mak Wan Latah

July 4th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Ketegangan antara pelakon veteran, Mak Wan Latah dengan bekas pembantunya yang dikenali sebagai Amell itu belum lagi surut.

Artikel Berkaitan: Bekas Pembantu Peribadi Dedah Perangai Sebenar, Mak Wan Latah Anggap Fitnah Akhir Zaman – ‘Otak Dia Tak Betul.. Biarkan’

Tak akan nak kotorkan diri

Menerusi temu bual bersama Melodi, Mak Wan, 61, mendakwa Amell pernah memukul dan menumbuknya gara-gara isu duit.

Saya sudah beritahu dia bukan saya yang ambil duit itu. Entah siapa yang pusing cerita. Dia pukul dan tumbuk saya. Semua isu ini fasal duit.

Pemilik nama Halimatussa’diah Mohd Daud juga memohon agar segelintir pihak berhenti menghukum kerana dia tidak tergamak untuk berbuat seperti yang diperkatakan.

Janganlah hakimi saya, saya bukan muda lagi. Memang saya pelakon tapi saya tidak buat semua perkara itu.

Tak guna saya pergi umrah dan hadir kuliah kalau saya kotorkan diri saya dengan perbuatan begitu.

Saya serang dia

Sementara itu, menerusi temu bual berbeza, Amell mengakui pernah melakukan keganasan terhadap Mak Wan atas alasan dia diludah.

Betul saya ada pukul Mak Wan, tetapi ia berlaku selepas dia ludah saya apabila saya bertanyakan satu soalan yang dia sendiri tak boleh terima.

Saya serang dia sebab dia ludah saya.

Sebelum ini, Amell mendedahkan sisi yang berbeza dengan berkongsi beberapa video yang memaparkan Mak Wan sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dan mencalit minyak pemanis di bahagian kening di TikTok.

Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official

SKIP THIS AD ×