Seorang pelajar berusia sembilan tahun dari Britain, telah meninggal dunia gara-gara menjilat ais krim. Menerusi laporan Mirror, kejadian tersebut berlaku sewaktu kanak-kanak berkenaan pergi bercuti bersama keluarganya di Sepanyol.
Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Habiba Chishti, dipercayai mengalami alahan sebaik sahaja menjilat ais krim yang dimakan dan dibeli oleh ayahnya itu.
Mengalami kejutan anafilaksis
Foto: Mirror
Pada bulan Februari 2019, Habiba bersama ayah, ibu dan adik beradiknya telah pergi bercuti di Costa Del Sol di Sepanyol. Semasa berada di sana, dia telah dikejarkan ke hospital dengan segera kerana mengalami kejutan anafilaksis selepas makan ais krim yang telah dibeli oleh ayahnya itu.
Menurut bapa Habiba iaitu Dr Wajid Azam Chishti, dia telah membelikan ais krim bersama sos coklat pada petang kejadian. Tambahnya, anaknya itu mengalami masalah asma serta alergi yang teruk terhadap telur dan kacang. Namun, produk tenusu seperti ais krim boleh dikatakan baik buat anaknya. Dr Wajid turut menceritakan kepada Mahkamah Bradford Coroner di mana dia bertanya kepada penjual ais krim tersebut sama ada sos yang diletakkan bersama ais krim tersebut mengandungi kacang atau tidak. Ujarnya lagi, penjual tersebut mengatakan tidak.
Susulan daripada itu, anaknya telah rebah di dalam bilik hotel dan dikejarkan ke Hospital Malaga dengan ambulans. Lebih menyedihkan, doktor tidak dapat menyelamatkan nyawa anaknya pada masa tersebut. Dr Wajid memaklumkan anaknya meninggal dunia pada 18 Februari iaitu dua hari setelah mengalami alahan yang teruk terhadap ramuan sos tersebut. Punca kematian disahkan akibat kejutan anafilaksis.
Hanya satu jilatan
Foto: Mirror
Menerusi laporan bedah siasat, sos yang dituangkan ke atas ais krim tersebut mengandungi pelbagai jenis kacang. Antaranya, kacang tanah, almond, hazek, mete dan pistachio. Sebagai ayah, Dr Wajid meluahkan rasa bersalah dan sedih kerana tidak dapat menyelamatkan nyawa anaknya. Beliau juga menceritakan kepada mahkamah bahawa anaknya tidak mempunyai gejala kejutan anafilaksis yang biasa sebelum dia tiba-tiba jatuh. Dr Wajid turut mengakui anaknya itu hanya mengambil satu jilatan sahaja dan berada dalam keadaan baik-baik saja pada masa itu.
Ketika kami kembali dari penjual ais krim dia baik-baik saja. Tetapi ketika kami sampai di restoran dia mula merasa tidak sihat. Kami terus beredar dari restoran dan kembali ke hotel kerana kami menyangka ia adalah asma. Malah, tiada tanda-tanda anafilaksis klasik. Saya pergi ke kaunter penerimaan tetamu untuk melihat sama ada kami boleh mendapatkan bantuan tetapi saya tidak tahu bahawa ini adalah masalah serius. Pada waktu saya kembali untuk melihatnya, isteri saya mengatakan bahawa dia akan rebah. Kami mempunyai latihan kecemasan setiap tahun. Sangat menakutkan bahawa kita mempunyai semua latihan ini tetapi tidak ada gunanya apabila tidak ada gejala.
Fikiran sangat membingungkan walaupun saya mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan apa jua penyakit. Hati saya hancir kerana tidak dapat melakukan apa-apa pada waktu tersebut. Beliau memberitahu mahkamah bagaimana kakitangan di Club La Costa World, tidak membantunya ketika hendak melakukan CPR pada anak perempuannya waktu itu.
Di samping itu, Dr Wajid meluahkan rasa tidak faham mengapa mereka tidak dibenarkan bersama anak mereka semasa menaiki ambulans. Jelasnya, mereka terpaksa menaiki teksi sehingga tidak tahu di mana mereka berada pada waktu tersebut. Selepas insiden yang menimpa anaknya itu, mereka sekeluarga sudah tidak pergi melancong. Apatah lagi, bersiar-siar di dalam negara sendiri.
Sumber: Mirror