berita

Makan Dalam Dewan Rakyat, Netizen Perang Mulut Persoal Tindakan Syed Saddiq

July 16th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Tindakan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman sekali lagi mendapat perhatian apabila dia dengan selambanya makan ketika Dewan Rakyat sedang bersidang.

Papagomo tegur Syed Saddiq

Tindakan bekas Menteri Belia dan Sukan menjamu selera di dalam dewan rakyat secara tidak langsung telah menerima pelbagai respon daripada pengguna media sosial termasuk Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali dengan panggilan Papagomo.

Menerusi perkongsian tersebut, memaparkan Syed Saddiq sedang menjamu selera dengan makanan tersebut diisi dalam sebuah bekas plastik dan diletakkan di atas mejanya. Dalam pada itu, Papagomo menyuarakan pendapatnya bahawa tindakan Syed Saddiq dianggap kurang beradab dan tidak menghormati Dewan Rakyat. Menurut Papagomo, sekiranya Syed Saddiq begitu lapar alangkah baiknya jika dia keluar dan menjamu selera di kafe dan bukannya menjadikan dewan rakyat seperti kantin.

Syed Saddiq kena troll

Bukan itu sahaja, menerusi akaun Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) turut ‘membahan’ tindakan tidak wajar Syed Saddiq. Lebih melucukan apabila mereka telah menyunting foto Syed Sadiiq dan menyamakan tindakannya dengan pelajar sekolah yang sedang makan di dalam kelas.

‘Dewan Rakyat tiada peraturankah’

Selain itu, seorang pengguna Twitter iaitu Don Juan de Ryezal turut mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Muar itu. Tetapi dalam masa yang sama, kebanyakan netizen tampil ‘backup’ Syed Saddiq dan menyifatkan bahawa tindakannya tidaklah begitu teruk. Namun, tidak kurang juga ada di antara mereka yang mengecam Syed Saddiq.

Penjelasan netizen

Menjengah ke ruangan komen, seorang netizen tampil menjelaskan bahawa tiada sebarang peraturan yang memaklumkan di Dewan Rakyat tidak dibenarkan makan seperti yang didakwa. Tetapi bagi segelintir netizen menganggap walaupun tidak mempunyai peraturan bertulis, tetapi tindakan tersebut seolah-olah tidak menghormati Dewan Rakyat.

Respon netizen

 

Sumber: Wan Muhammad Azri Wan Deris, Tentera Troll Kebangsaan MalaysiaDon Juan de Ryezal

SKIP THIS AD ×